Monday, November 29, 2010

' Kapal PKR Hampir Tenggelam '


Muhyiddin tempelak Wan Azizah mengenai isu ketuanan Melayu

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kenyataan Prsiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan, bagaikan 'kapal yang hampir tenggelam'.

Beliau berkata kenyataan Dr Wan Azizah, yang juga isteri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, sebagai usaha unyuk mendapatkan sokongan masyarakat terhadap parti berkenaan.
Katanya, pemimpin PKR sepatutnya menghormati Fasal 153 Perlembanggan Perseketuan yang menjamin hak orang Melayu dan bumiputra serta menjamin bangsa lain serta menjadikan ia sebagai pegangan untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Fasal 153, kata muhyiddin, perlu menjadi pegangan dan perjuangan sesiapa sahaja sebagai pemimpin Malaysia namun ini tidak dilakukan pemimpin PKR.
Mengenai kenyataan Dr. Wan Azizah yang mensifatkan Anwar sebagai anugerah Tuhan untuk memimpin rakyat negara ini, Muhyidin berkata, Dr Wan Azizah perlu bersifat realistik berhubung perkara itu - Bernama.

# IBM : Ketawa besar bila mendengar kenyataan Wan Azizah tentang suaminya, anugerah Tuhan...memang kelakar....dan geram pulak bila Wan Azizah mempertikaikan 'ketuanan Melayu'...hilang akal ke dia ni, atau Wan Azizah sendiri sudah tidak mengaku dia adalah melayu, seperti kata TGNA, malu jadi orang Melayu....inilah pandangan sempit pemimpin-pemimpin PR.
Apa pun IBM setuju dengan kenyataan Tim. Perdana Menteri, Kapal PKR hampir tenggelam......
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...