Saturday, November 13, 2010

Utusan Bukan Akhbar Rasis

Datuk Zaini Hassan (kiri)

' Akhbar ini hanya bersuara apabila hak orang Melayu mula dipersoalkan. Apakah ini salah. Apakah ini rasis.? '

SHAH ALAM - Utusan Malaysia mempunyai sejarah yang cukup panjang di dalam memainkan peranannya untuk menyampaikan 'utusan' kepada orang Melayu di negara ini. Walaupun kini sudah ada orang Melayu sendiri menggangapnya sebagai sebuuah akhbar rasis.
Timbalan Ketua Pengarah Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata, kehadiran Utusan Malaysia sebenarnya bukan sahaja untuk orang-orang Melayu sebaliknya untuk semua rakyat Malaysia, bermula dari sejarah kelahirannya dalam tahun 1939.
Bercakap dalam forum Perpaduan Melayu Dalam Menjamin Masa Depan Bangsa anjuran Institut Pemikiran dan kepimpinan Melayu di UiTM baru-baru ini, Zaini berkata, " Isu hak Melayu ini dimainkan oleh pihak yang cukup cauvinis seperti DAP," katanya yang kecewa dengan PKR, PAS dan DAP yang terlalu berangan-angan mahu menawan Putrajaya hingga ada yang mempercayai bahawa ada pihak ketiga di belakang semua perancangan ini.
Selain Zaini, dua lagi ahli panel ialah Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan Pensyarah Unervisiti Pertanian Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Kata Zaini lagi, Utusan Malaysia sebenarnya tahu apa dia kandungan Perlembagaan Negara. Utusan Malaysia juga tahu negara ini mengamalkan dasar multrasialisma bersama-sama parti bukan Melayu yang lain. Pas juga berdendam dengan UMNO kerana mereka (PAS) pernah dikeluarkan dari Barisan Nasional (BN). PAS kena akui, selepas penyingkiran partinya dari BN, BN masih merupakan sebuah gabungan unggul untuk memerintah negara.

# IBM : Kalau betul lah oramg-orang Melayu sendiri yg mempertikaikan Utusan Malaysia ini rasis, hilang akalkah mereka-mereka ini. Fikirlah secara rasional......siapa yg sebenarnya rasis..?
Bangkitlah wahai kaum ku Melayu, bersatulah demi bangsa dan negara.......!!
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...