Tuesday, November 2, 2010

Kerana ' Dadah ' Ameng Di Penjara, Denda

AMENG mencium anaknya, Wan Amar Haikal selepas membayar denda sebanyak RM4,000 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam

Mari baca :
KUALA LUMPUR - Selepas hampir enam bulan turun naik mahkamah atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia didapati bersalah semalam.
Majistret Zaki Asyraf Zubir memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan kes itu.
Ameng, 42, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail diperintahkan oleh Zaki Asyraf dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu selain diletakkan di bawah pengawasan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) selama tiga tahun.
"Mahkamah telah mencapai keputusan dan tertuduh disabitkan dengan kesalahan itu yang bermula daripada tarikh sabitan (semalam)," kata beliau.
Zaki Asyraf dalam keputusannya berkata, keterangan tertuduh dalam prosiding membela diri bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkannya. adalah tidak berasas.
"Selain keterangan saksi yang lain, keterangan tertuduh sendiri yang menyatakan dirinya dianiayai adalah satu dakwaan yang tidak berasas dan tiada kena mengena langsung dengan pertuduhan," katanya.
Bagaimanapun, Zaki Asyraf membenarkan penangguhan hukuman penjara dan pengawasan dengan mengenakan syarat tambahan Ameng perlu memfailkan notis rayuan semalam dan wang jaminan sebelum ini iaitu RM3,500 dinaikkan kepada RM5,500.

IBM : Dadah adalah Musuh Nombor 1 Negara. Jauhilah 'Dadah'. Negara Aman tanpa dadah.

Sumber Dari : Kosmo.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...