Sunday, August 21, 2011

Pilihan Raya 'Olok-Olok' UMNO Kelantan 16 - 30 September

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua


Yakin akan menumbangkan Pas di PRU ke-13 nanti - Mustafa

KOTA BAHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata simulasi pilihan raya di negeri ini akan berlangsung dari 16 hingga 30 September.

Beliau berkata sebagai persediaan, pihaknya kini mengadakan taklimat secara berperingkat kepada semua ketua peti undi dan cawangan parti itu.

"Sehingga kini, saya nampak semangat ahli Umno semakin tinggi dengan kerja yang dilakukan di peringkat akar umbi, dan kita amat berharap simulasi ini dapat sambutan baik dengan semua jentera parti bergerak cergas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian zakat kepada anak yatim di Parlimen Ketereh, Sabtu.

Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan Umno pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata 'orang muda' merupakan antara calon yang bakal disenaraikan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Beliau berkata muka baru perlu diberi peluang untuk bertanding sebagai nilai tambah bagi membantu parti meraih kejayaan pada PRU akan datang.

"Secara umumnya, orang muda lebih memahami kehendak dan keperluan pengundi muda, justeru harus ada sebilangan golongan muda dalam senarai calon yang akan bertanding," katanya.

Mustapa berkata bakal calon daripada golongan muda perlu memenuhi kriteria pemilihan, termasuk memperlihatkan ciri 'calon menang' yang disenangi rakyat.

Beliau menjangkakan calon PRU kali ini sebahagiannya mungkin terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, pesara, tokoh agama atau ahli akademik.

Katanya, pertikaian berhubung calon yang dipilih pucuk pimpinan serta budaya 'cah keting' perlu dihindari kerana ia tidak menguntungkan parti. - Ikhsan dari BERNAMA

Mudah-mudahan apa yang diusahakan oleh UMNO Kelantan ini akan membawa menafaat kepada semua rakyat Kelantan. Insyallah UMNO/BN akan dapat tawan kembali negeri Kelantan dari Parti Pas - IBM

2 comments:

  1. Pas ditadbir oleh org kapir ke ?
    Laa...patutler nak kena tawan kan kan kan...

    klantan bukan ada apa ponn...negeri miskin tuhh...minyak xde...emas xde...bijih xde...balak je seciput yg ada....

    Apasal Sabah...Serawak...Pulau Pinang xde skali...

    Dapat semua baru ler JUARA RAKYAT...eh... JUARA ISLAM...ke JUARA2 ROCK !!

    Dah lama dahhhh!!!

    ReplyDelete
  2. madnojebat....

    Salam. Jangan takbur wahai madnojebat. bila seseorang itu takbur bak sejarah Hang Jebat, akan kecundang akhirnya. Yang nampak ROCK skrg ni ialah PAS. Mcm mana kalau di tukar nama Parti PAS kepada parti ROCK kerana PAS dan kehabisan modal, Pas bukanlah parti yg memperjuangkan Islam, tapi mengalakan umat Islam di MURTADkan. Kenapa Pas diam membisu pada isu MURTAD ni?...hehehe...slmt berROCK wahai fanatik2 PAS, Parti Agama Sesat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...