Thursday, August 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

04 OGOS
HARI INI DALAM SEJARAH :

PERSIDANGAN MENGENAI BAHAN PANDANG DENGAR ANJURAN UNESCO

TARIKH PERISTIWA : 04.08.1961

Pada hari ini 04.08.1961 satu persidangan yang dianjurkan oleh UNESCO mengenai bahan pandang-dengar sebagai alat pendidikan (TV Pendidikan) telah diadakan di Kuala Lumpur. Persidangan yang pertama kali pernah diadakan itu telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 15 buah negara iaitu Afghanistan, Burma, Combodia, Ceylon, Taiwan, India, Jepun, Iran, Laos, Pakistan, Vietnam Selatan, Filipina, Thailand, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Turut hadir ialah wakil dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Lembaga Bantuan Teknik Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Timur Jauh dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. Persidangan itu telah menghasilkan persetujuan di mana lapan buah negara Asia akan menghasilkan secara usahasama dua siri filem pendidikan untuk sekolah-sekolah menengah dan juga untuk orang dewasa di Asia Tenggara.Satu siri akan menyentuh tentang geografi manusia (human geography) negara-negara Asia Tenggara, sementara satu siri lagi ialah mengenai pendidikan sains. Satu badan panel akan dibentuk di Paris untuk mempastikan bahawa tajuk-tajuk yang dipilih oleh tiap-tiap sebuah negeri sesuai untuk difilemkan. Ketua Badan Penasihat UNESCO ke persidangan itu, Mr William Farr, memberitahu bahawa bantuan pandang-dengar akan banyak membantu Asia dalam usahanya untuk memberikan pelajaran kepada semua kanak-kanaknya menjelang tahun 1980. Sesungguhnya persidangan itu merupakan kali pertama sekumpulan negara-negara Asia bertemu dan berkumpul untuk menghasilkan filem bagi tujuan -tujuan pendidikan. Di atas kesedaran itu, pada tahun 1966 Radio Malaysia telah mengadakan rancangan Radio Pendidikan. Dan pada 19hb. Jun 1972 TV Pendidikan pula telah ditubuhkan dan dilancarkan penyiarannya buat kali pertama ke seluruh negara oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak.

Peranan Radio Malaysia didalam UNESCO amat-amat dihargai

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA YANG SAYA MULIAKAN KERANA MEMBACA ITU SATU IBADAH DAN DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...