Monday, August 15, 2011

Pas Pusat tak ada telo, Pemuda Pusat terus desak.....

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam ukhwah dan salam sejahtera kepada semua.

Jelas sekali Pas bukanlah sebuah Parti yang memperjuangkan Islam. Cakap saja bergegar-gegar bahawa mereka lah pejuang agama Islam. Isu Murtad yang hangat di perkatakan sekarang ini, Pas Pusat seolah-olah lepas tangan dan tidak ingin campur hal dalaman Pas di Selangor yang sedang berkonfrantasi dengan JAIS.

Hal ini, tidak di persetujui oleh Pemuda Pas Pusat. Kini, mereka mendesak Pas Pusat untuk mengetahui pendirian mereka di dalam isu murtad ini. - IBM

Keretan dari Akhbar Utusan Malaysia. Jom baca >>....

[KUALA LUMPUR 14 Ogos - Sambil menegaskan bahawa masalah murtad adalah isu akidah yang melepasi sempadan politik, Dewan Pemuda Pas Pusat sekali lagi mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya membuat pendirian rasmi berhubung isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam di negara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin.

Katanya, murtad kini menjadi ancaman serius kepada kemuliaan agama Islam di Malaysia dengan data Mahkamah Syariah menunjukkan seramai 863 individu Islam telah memohon untuk menukar status agama mereka sejak 2000 hingga tahun lalu.

Beliau mengulangi pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat terdapat cubaan memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti berkenaan.

Pas kuda tunggangan DAPig

Nasrudin juga tidak berganjak daripada pendirian terdahulu yang tegas tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik, apabila terus berikrar untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam.

"Kami bersedia memberi kerjasama kepada semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan Pas," kata Nasrudin dalam blognya, http://www.eperjuangan.com, hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, Nasrudin menjadi mangsa terbaru selepas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang dikecam pemimpin Pas pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana beliau mengeluarkan kenyataan keras mahu mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa.

Dalam pada itu, bagi memastikan masalah murtad tidak menjadi barah kepada umat Islam pada masa hadapan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu mendesak agar kerajaan meluluskan Akta Murtad dengan segera dan menjadikan mata pelajaran Pengajian Islam sebagai subjek wajib lulus.]

2 comments:

  1. abe wei,

    setuju benar ambo!

    akta murtad elok segerakan.

    matapelajaran Pendidikan Agama Islam WAJIBKAN kpd semua penuntut2 Islam dari tadika hingga Universiti... kalu nak buat, biar menyeluruh. bukan skeghat skeghat & hangat2 taik aye!

    ReplyDelete
  2. Salam.

    anti bohmu.....
    Cadangan yg baik sekali. Pendidikan Agama bermula dari tadika hingga ke Universiti agar mereka dpt menghayati agama Islam dan tidak sewenang2nya di hasut oleh pihak lain dan akhirnya menuju ke jalan Murtad.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...