Wednesday, August 3, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

03 0GOS

Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohammad Agong Pertama

HARI INI DALAM SEJARAH :

PEMILIHAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PERTAMA

TARIKH PERISTIWA : 03.08.1957

Pada hari ini dalam tahun 1957, satu Persidangan Khas Raja-Raja Melayu telah diadakan bagi memilih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan Timbalannya bagi Persekutuan Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957. Persidangan yang telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Majlis Kerja Kerajaan Persekutuan, Kuala Lumpur ini dipengerusikan oleh Sultan Kedah. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalannya telah dilangsungkan mengikut syarat-syarat bahagian tiga dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu di Persidangan Raja-Raja Melayu yang ke 43. Kesemua Raja-Raja Melayu telah hadir pada Persidangan Khas ini kecuali Sultan Johor yang berada di Eropah dan telah diwakili oleh Tengku Mahkotanya. Tuanku Sir Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Mohamad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah di pilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama, sementara DYMM Tuanku Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sesungguhnya, pemilihan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara telah menjadi lambang kepada Persekutuan Tanah Melayu yang bebas dan Merdeka.

Gambar Raja-Raja Melayu


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DAN PENGEMAR BLOG. TERUSKAN MEMBACA IBARAT MENCARI KEPASTIAN YANG BELUM TERUNGKAI. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...