Friday, August 12, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

12 OGOS

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

HARI INI DALAM SEJARAH..........

SYLVIA NG WANITA PERTAMA DARI MALAYSIA MEMENANGI PINGAT EMAS DI SUKAN KOMANWEL

TARIKH PERISTIWA : 12.08.1978

Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel pada tahun 1950 iaitu di Auckland, New Zealand. Sejak mula melibatkan diri dalam kejohanan ini, Malaysia telah mencatatkan beberapa peristiwa bersejarahnya yang tersendiri. Antara peristiwa- peristiwa tersebut ialah pada hari ini 12 Ogos 1978 di mana Sylvia Ng telah menjadi atlet wanita yang pertama memenangi pingat emas bagi kejohanan Sukan Komanwel. Pingat emas ini dimenangi dalam Sukan Komanwel Ke sebelas yang berlangsung di Edmonton, Kanada. Sebelum ini, belum ada acara yang dimenangi oleh atlet wanita negara, kecuali acara-acara yang dimenangi oleh atlet-atlet lelaki, di mana negara berupaya meraih pingat untuk acara-acara angkat berat dan badminton. Kejayaan Sylvia Ng pada hari ini adalah menerusi acara badminton perseorangan wanita. Dalam perlawanan akhir ini beliau telah mengalahkan rakan senegara Katherine Teh 11-5 dan 11-3. Dalam Sukan Komanwel Ke Sebelas ini Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak 4 pingat iaitu 1 - emas, 2 - perak dan 1 gangsa. Kesemua pingat ini diperolehi dari acara-acara badminton iaitu:

  • Emas oleh Sylvia Ng
  • Perak dalam acara beregu lelaki oleh Moo Foot Lian dan Ong Teong Boon
  • Gangsa dalam acara beregu wanita oleh Sylvia Ng dan Katherine Teh

Seramai 19 orang atlet telah mewakili negara ke Edmonton, mereka ialah 5 orang atlet bagi acara olahraga, 8 orang pemain badminton, 3 orang perenang, 2 orang penembak dan seorang atlet angkat berat. Walaupun hanya memperolehi 4 pingat di acara kejohanan tahun 1978 ini, negara kita telah membuktikan kejayaan demi kejayaan dalam sejarah kejohanan sukan komanwel. Sejarah paling gemilang ialah di Sukan Ke 16 yang baru lalu dan semoga negara akan turut mencatat sejarah gemilang di kejohanan ini di alaf baru.

BILA LAGI MALAYSIA AKAN MELAHIRKAN JAGUH BADMINTON YANG SETARAF DENGAN SYLIA NG BAGI MENGHARUMKAN LAGI NAMA MALAYSIA DI ARENA DUNIA BADMINTON TERUTAMANYA DI KETEGORI WANITA?....PENCARIAN HARUS DITERUSKAN KERANA MALAYSIA BOLEH!

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...