Saturday, February 28, 2015

BERITA TERKINI! : HARGA BARU MINYAK PETROL DIUMUMKAN MALAM INI, TAPI KEMPEN PENURUNAN HARG BARANG TETAP DITERUSKAN.

SABTU, 28 FEB 2015

ISU SEMASA : 
SEKIRANYA berita yang akan disampaikan oleh Pak Menteri PDNKK, DS Seri Hasan Malek merupakan berita yang mengembirakan atau sebaliknya tentang harga petrol malam ini, sama-sama kita tunggu.  Dan bersediap sedialah  menerima kritikan dan komen yang menyakitkan hati dari pihak pembangkang sekiranya harga petrol naik. Tak kira berapa nilainya, 10 sen, 20 sen, pembangkang tetap akan bangkang, tidak puas hati. Itu sudah menjadi lumrah mereka. bila harga petrol turun, mereka diam membisu, tak kedengaran pun suara-suara mereka, usahkan berterima kasih, malah masih tak puas hati. Kita tunggu nanti. Apapun, IBM difahmakan, Putrajaya hari ini enggan mengulas dakwaan yang tersebar di media sosial berhubung harga runcit bahan api akan naik antara 6 sen dan 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini. Sumber dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek sebaliknya berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat secara rasmi pada malam ini. Ini dah selalu orang tanya. Biar tiba masanya, Menteri berkenaan akan umumkan. 

Konform malam ini akan ada pengumuman harga baru untuk Mac. Jadi tunggulah, kata DS Hasan Malik. Apa pun yang terjadi, apa saja pengumuman yang dibuat pada malam ini nanti, sama-sama kita tunggu. Kempen penurunan harga kita akan diteruskan di seluruh negara, katanya pada satu sidang media selepas melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' di Shah Alam hari ini. Difahamkan, pada masa ini terdapat mesej tersebar menyatakan antara lain, harga petrol RON95, RON97 dan diesel akan naik sebanyak 20 sen seliter bermula 1 Mac, esok. Mengikut kata DS Hasan, Khamis lalu harga bahan api bukan satu-satunya faktor utama mempengaruhi harga barangan. Apa juga yang berlaku pada 28 Februari, program ini (kempen penurunan harga barangan) akan berterusan, katanya, sambil menambah maklumat kempen yang melibatkan pasar raya besar sudah dimuktamadkan. Harga (barang) tidak boleh dikaitkan dengan (harga) minyak kerana harga (barangan) ditentukan oleh pasaran, permintaan dan bekalan, katanya. Hasan berkata faktor lain juga mempengaruhi harga barangan. 

Petrol bukan faktor tunggal bagi kenaikan harga. Ini perlu difahami, katanya. Sebelum ini, Hasan mengumumkan program penurunan harga barangan secara besar-besaran di seluruh negara akan dilancarkan pada 1 Mac. Beliau berkata program itu hasil perjumpaan kementerian dengan pelbagai pihak antaranya syarikat, restoran, pasar raya besar, pemborong, peniaga, peruncit serta pengeluar makanan dan minuman, pada minggu lepas. Alhamdulillah, teruskan kempen tersebut biar pembangkang terbeliak biji mata mereka. Apa yang penting, kerajaan komited dengan janji-janjinya dan janji akan ditunaikan. Insyallah. Terima kasih kerajaan BN. Wassalam . Ikhlas dari : 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...