Saturday, October 1, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


HARI INI DALAM SEJARAH MENGIMBAU SEJARAH TANAH AIR DIMASA LAMPAU....
 01 OKTOBER


PEMBENTUKAN BADAN PENCEGAH RASUAH

TARIKH PERISTIWA : 01-10.1967

Pada hari ini 1.10.1967, Kerajaan dengan rasminya menubuhkan Badan Pencegah Rasuah. Dalam tahun 1958, Kerajaan telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi mengkaji masalah rasuah, khususnya dalam perkhidmatan awam dengan meminta suruhanjaya itu mengemukakan cadangan-cadangan bagi mengatasinya. Hasil daripada cadangan-cadangan suruhanjaya itu pada 15 Jun 1959 kerajaan telah menubuhkan Cawangan Jenayah Khas, di Jabatan Siatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia. Cawangan ini mempunyai tiga kawasan pentadbiran, iaitu, kawasan Utara meliputi negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu; Kawasan Tengah merangkumi negeri-negeri Selangor, Perak dan Pahang; dan Kawasan Selatan meliputi negeri-negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Tugas utama cawangan ini adalah menjalankan siasatan ke atas kes-kes rasuah. Hasil siasatan cawangan ini dikemukakan kepada Jabatan Peguam negara untuk arahan dan tindakan selanjutnya. Selain dari menubuhkan Cawangan Jenayah Khas itu, pada 1 November 1959, Kerajaan juga telah membentuk Unit Pencegah Rasuah di Jabatan Perdana Menteri. Tugas utama Unit ini ialah mengadakan ceramah/dialog dengan Jabatan-jabatan Kerajaan serta orang awam serta menyalurkan apa-apa maklumat yang diterima kepada Cawangan Jenayah Khas untuk diambil tindakan sewajarnya. Pada tahun 1960, Unit ini telah diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Memandangkan wujudnya tiga agensi berasingan dan terletak di bawah tiga bumbung yang berlainan, maka ini menimbulkan masalah keseragaman dan penyelarasan dalam usaha-usaha pencegah rasuah. Menyedari hakikat ini, Kerajaan bercadang menubuhkan sebuah badan di mana ketiga-tiga peranan ini boleh disatukan dan dilaksanakan oleh satu agensi dan di bawah satu bangunan saja. Untuk itu, sebuah jawatankuasa telah dilantik oleh kabinet bagi mengkaji perkara ini yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman. Pada 31.9.1967 sehari sebelum Badan Pencegah Rasuah beroperasi sepenuhnya, Kerajaan telah mengumumkan melalui media massa yang agensi baru itu akan memulakan kempen bagi memastikan kecekapan di dalam semua Jabatan Kerajaan dan orang ramai diminta mengemukakan pengaduan kepada agensi itu melalui Peti Surat 6000. Dan pada hari ini, dalam tahun 1967, Badan Pencegah Rasuah telah ditubuhkan dengan rasminya bagi mencegah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Sesungguhnya dengan tertubuhnya Badan Pencegah Rasuah, usaha-usaha pencegahan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dapat diseragamkan dan diselaraskan dengan lebih berkesan lagi.           
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA DAN SELAMAT BERISTERIHAT BERSAMA KELUARGA YANG TERSAYANG. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...