ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
Akhirnya KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memohon maaf secara terbuka kepada Sultan dan seluruh rakyat negeri Johor dan mendakwa tidak berniat memburukkan mana-mana negeri lain. Kenyataan dari Lim yang memburukkan negeri Johor, benar-benar menyingung perasan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan juga rakyat negeri Johor.
Walaupun Lim memohon maaf, tapi hatinya tidak merasa puas kerana menurutnya bahawa kenyataan itu disalahkan tafsirkan oleh media yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN).
Kesal dengan perkara itu, LIm Guan Eng akan membawa perkara itu ke Mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang kenyataanya itu, selain meneliti apa yang sebenarnya diperkatakan, bagaimanapun ia dikatakan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.
Menurut Lim, selain pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media dikeluarkan berkenaan apa yang dikatakan olehnya ketika di Singapura mahupun di Australia. Oleh itu, Guan Eng mengarahkan peguamnya untuk menfailkan saman di mahkamah ke atas media tersebut. See you in court, kata Lim.
Alahai, biasalah tu. Pembangkang memang terkenal dengan putar belitnya. Bila buat semua mengaku tak buat. Lepas tu, salahkan Barisan Nasional. Kononnya BN lah dalangnya. Apapun wahai Lim Guan Eng, media BN yang kamu maksudkan itu, sudah bersedia. See You in Court!. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~