Wednesday, October 5, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR


05 OKTOBER 



PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN MAKMAL BARU IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

TARIKH PERISTIWA : 05.10.1957



Pada hari ini 5.10.1957, bangunan makmal baru Ibu Pejabat Jabatan Kimia telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra. Jabatan Kimia ialah sebuah makmal yang memberikan khidmat pencerakinan, menyiasat dan memberi nasihat kepada semua agensi kerajaan yang memerlukan nasihatnya. Di antara jabatan yang menggunakan perkhidmatan ini ialah Jabatan Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam dan Jabatan Kerjaya. Pada tahun 1928, makmal Kimia ditubuhkan untuk Jabatan Kastam dan Perdagangan bagi mengambil alih kerja-kerja rutin seperti mengesan candu, arak dan todi. Ini adalah kerana didapati Bahagian Kimia dan Institut Penyelidikan Perubatan yang menjalankan kerja analisa telah jauh terasing dari masalah penyelidikan perubatan dan telah menjadi makmal analisa rutin yang utama. Bangunan makmal baru Ibu Pejabat Jabatan Kimia yang dibuka pada hari ini dalam tahun 1957 merupakan bangunan baru yang dibina bagi menggantikan bangunan Jabatan Kimia kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1946. Bangunan lama ini terletak di tingkat atas bangunan keretapi di Jalan Brickfield dan digunakan selama hampir 30 tahun. Ia mengambil alih semua kerja yang telah dibuat sebelumnya dan juga kerja-kerja rutin di IMR yang bukan berkaitan dengan perubatan untuk jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Kerja dari IMR ini termasuklah pemeriksaan kimia sampel-sampel air dan sampel medico-legal untuk pihak polis. Bangunan baru dua tingkat pula, telah ditempatkan di Petaling Jaya. Sebahagian dari makmal ini berhawa dingin dan disediakan dengan kelengkapan fizikal yang moden. Dengan pembukaan rasmi bangunan ini oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra pada hari ini dalam tahun 1957, dapatlah Jabatan Kimia memberikan khidmat kepada agensi kerajaan yang memerlukannya dengan lebih sempurna lagi. 
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...