“Jelas menunjukkan mereka sebenarnya tidak berhasrat untuk memansuhkan GST jika mereka mentadbir kerajaan. Mereka hanya tahu mengkritik GST untuk kepentingan politik, namun hakikatnya mengakui manfaat di sebalik pelaksanaan cukai itu. “Walaupun pakatan pembangkang dalam bajet alternatif menetapkan kadar GST kosong peratus, namun mereka tidak berani memansuhkannya. Ini kerana sekiranya mereka menjadi kerajaan dan apabila berlaku kekangan kewangan atau hambatan ekonomi, mereka boleh menaikkan kadar tersebut sebagai sumber pendapatan,” katanya. Mat Nadzari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali turut mempersoalkan sikap pembangkang dalam isu GST yang mana dalam Bajet Selangor 2016 yang dibentangkan Jumaat lalu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tidak mengumumkan sebarang bentuk inisiatif sama ada menyerap atau memansuhkannya dalam setiap perkhidmatan kepada rakyat.
“Jika pakatan pembangkang benar-benar mahu memansuhkan GST, kenapa tidak menjadikan Selangor sebagai model untuk tujuan itu. Namun, kerajaan negeri sebaliknya meneruskan pengenaan cukai tersebut dalam perkhidmatan kerajaan, khususnya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT),” jelasnya. Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mengambil langkah seperti kerajaan Johor dan Terengganu yang dipimpin Barisan Nasional yang menyerap cukai berkenaan sebelum ini. Beliau tidak menolak kemungkinan ketiadaan penyerapan dan pemansuhan GST dalam perkhidmatan kerajaan negeri menunjukkan pembangkang sebenarnya tahu manfaat hasil cukai tersebut termasuk tidak mahu hasil negeri mengalami penyusutan - SUMBER.
KESIMPULANNYA :
Maka, apa lagi yang rakyat Selangor tunggu. Tukar dan katakan tidak pada Pakatan Haram yang telah banyak menyusahkan rakyat. Tiada apa-apapun kebaikan yang mereka lakukan di negeri Selangor ini.  Ayuh.....kita semua bersatu hati, kuatkan barisan. Kita rampas kembali negeri Selangor dari Pakatan Pembangkang yang terlalu 'berpolitiking' dan bersikap 'hipokrit'. Dari saya - IBM#PJUTETPDIHATIKU.