Sembilan Ketua Cawangan UMNO Berdepan Tindakan Displin......
INILAH akibatnya kalau berani 'bermain api', akhirnya terbakar tangan sendiri. Akibat terlalu lantang dan ingin mencari kebenaran yang belum tentu jelas, sembilan ketua Cawangan Umno Telok Kemang akan dihadapkan ke tribunal disiplin parti itu kerana membuat desakan secara terbuka supaya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Presiden UMNO baru-baru ini. 9 orang di kalangan mereka yang membuat sidang media di Telok Kemang baru-baru ini, telah menerima surat tindakan tatatertib, kata sumber melalui seorang jurucakap yang juga Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman dalam sidang media "Perjuangan Mendemokrasikan Umno" di Puchong.
Akibat tindakkan ke 9 mereka-mereka itu, menurut Kamarul, akan dihadapkan ke tribunal disiplin parti itu Rabu depan. Ekoran dari desakan mereka-mereka itu, kepimpinan tertinggi UMNO (MT) yakin desakan seumpama itu tidak memberi kesan kepada kedudukan DS Najib sebagai Presiden parti. Apapun, Kamarul sempat mencelah dan memberitahu pemberita, kalau tak berkesan mengapa mereka dikenakan tindakan? Malah, ujar Kamarul, pihaknya sedang mengatur beberapa tindakan susulan bagi terus mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan. Menurut Kamarul lagi, mereka datang hari ini untuk rangka gerak kerja lebih menyeluruh, agar dapat bergerak ke tiap-tiap negeri, katanya.
Dengan penuh yakin Kamarul memberitahu pada asalnya 34 cawangan telah membuat desakan tersebut namun mengikut perkiraan beliau jumlahnya telah menjangkau 800 hingga 1,000 ketua Cawangan Umno yang sudah menyertai mereka. Maka, katanya ia ambil masa sebulan dua lagi dan mereka akan buktikan bahawa mereka ada kuasa untuk jatuhkan Presiden UMNO (DS Najib), katanya. Gabungan Ketua Umno Cawangan Malaysia juga mendakwa bahawa mereka mewakili kira-kira 200 Cawangan Umno setelah mengadakan pertemuan tertutup bagi mendesak Presiden parti itu, iaitu DS Najib meletakkan jawatan selepas kecewa dengan Presiden parti itu.
Soalan IBM kepada mereka. Apa perkara yang sebenar-benarnya yang membuat mereka-mereka ini (Ketua-ketua Cawangan) mendesak DS Najib supaya meletakkan jawatan? Ada agenda tersirat? atau ada dalang yang mempengaruhi mereka supaya UMNO berpecah? Dan.....bagaimana sekiranya mereka-mereka itu gagal menjatuhkan DS Najib dalam tempuh sebulan dua lagi seperti apa yang mereka war-warkan? Seperkara lagi, kenapa Ketua-Ketua Cawangan ini membuat liputan secara terbuka dan mendedahkan kepada portal pembangkang, iaitu portal penfitnah no 1 negara, Malaysiakini? Ada masukkkkk ke? Lu orang fikirlah sendiri. Dari saya - IBM#PJUTETAP DIHATIKU.
mintalah Najib adakan pemilihan tahun depan...baru lah umno boleh tenang seketika...sekiranya najib menang..ok tiada masalah...teruslah memimpin umno....
ReplyDelete