Thursday, November 12, 2015

TIADA KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS DISELANGOR.

KHAMIS, 12 NOVEMBER 2015
 SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
UMNO Selangor tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membentuk kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Selangor. Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar. Katanya, beliau tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Abdul Hadi seperti yang didakwa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.
Noh berkata, dakwaan itu tidak logik kerajaan jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dan UMNO masih tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan campuran. “12 ADUN campur 15 ADUN jumlahnya 27. Jumlah ini tidak boleh membentuk kerajaan perpaduan,” katanya. Majlis itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri Kabinet.
UMNO Selangor mempunyai 12 kerusi di Selangor manakala Pas hanya tinggal 13 kerusi selepas dua ADUN menyertai Parti Amanah Negara. Husam dalam satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, baru-baru ini mendakwa, Abdul Hadi sedang mempertimbangkan kerajaan perpaduan dengan UMNO di Selangor. -SUMBER.
KESIMPULAN KEPADA YANG DIATAS :
Tak apalah jika itu yang berlaku. Yang penting jaga nama dan maruah parti keramat kita, iaitu parti orang Melayu (UMNO). Perpaduan harus dikekalkan. Lupakan pasal PAS ni. Biarkan mereka degan masalah dan kegoaan mereka. Misi kita untuk 'menawan; kembali negeri  Selangor harus diteruskan. Kuatkan barisan...dan jangan lupa kerap turun padang berjumpa dgn akar umbi & pengundi2. Wasalam. Dari saya  -_ IBM#PJUTETAPDIHATIKU.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...