BILA kena kat batang hidung depa, depa kata Kerajaan buli depa. Bila depa buat perkara yang memalu dan memudaratkan negara, tak apa. Itulah perangai buruk pembangkang dulu, kini dan selama-lamanya. Kenyataan oleh pimpinan Wanita PKR yang diwakili oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, meminta agar kerajaan berhenti daripada membuli MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar adalah satu kenyataan yang amat-amat bodoh, tidak relevan dan memualkan. Dan, kenyataan bodoh tersebut seolah-olah mahu mengajar kerajaan. Sebaliknya, merekalah yang patut memfokuskan kepada masalah yang lebih serius dan menumpukan kepada isu sebenar, bukan dengan membela si Nurul yang ingin mengambil kesempatan dan simpati rakyat bagi membabaskan bapanya, anwar Ibrahim dari penjara. Bagi IBM, tidak timbul isu 'buli membuli'. Persoalanya sekarang, siapa yang buli siapa?
Teresa Kok sebagai juru cakap pembangkang cuba menyentuh akan isu-isu besar negara. Antara isu-isu tersebut ialah skandal kewangan 1MDB, kelemahan ekonomi negara dan derma politik RM2.6 bilion yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Apa, pembangkang bersih sangat ke? Mereka tak ada isu-isu yang yang besar ke yang melibatkan negeri-negeri yang mereka perintah? Contohnya di Selangor. Kepada Teresa Kok dan pembangkang, eloklah cerminkan diri tu dulu. Betul, isu gambar Nurul dan Jackel anak kepada si pembunuh rakyat Sabah adalah isu yang remeh-temeh dari kaca mata pembangkang. Tapi, bagaimana perasaan daripada keluarga mangsa yang terlibat? Bagai IBM, perbuatan Nurul itu merosakan nama dan imej negara. Dan...Nurul layak di gelar 'pengkhianat negara'.
Sementara itu, menurut sumber, Nurul Izzah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang didakwa mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuannya dengan Puteri Sulu Jacel Kiram. Gambar pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau. Dah buat salah, nak saman orang pulak. Memang si Nurul ni dari gulungan keluarga yang songsang. Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU.