Thursday, November 5, 2015

KERAJAAN SELANGOR DIBIDAS GAGAL BENDUNG 'JUDI HARM'

KHAMIS, 05 NOVERMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif (gambar bawah) mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang masih gagal merangka enakmen baharu untuk memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) membendung pertumbuhan pusat judi siber haram di negeri itu. Beliau berkata, enakmen baharu itu perlu digubal secepat mungkin bagi memperketatkan penguatkuasaan PBT ke atas pertumbuhan pusat judi siber haram di Selangor yang semakin berleluasa. “Buat masa ini, kuasa PBT masih terhad kerana hanya mempunyai kuasa menyita dan mendenda premis judi haram dan sekiranya enakmen baharu digubal, ia membolehkan lesen pusat siber haram dirampas.

“Ini perlu memandangkan kebanyakan pusat siber haram yang disita membuka semula operasi mereka setelah membayar denda,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. Shahrum berkata Adun Sungai Pinang dari DAP, Datuk Teng Chang Kim yang pernah menjadi Exco menjaga hal-ehwal kerajaan tempatan pada 2013 menyatakan dalam sidang dewan bahawa kerajaan negeri berhasrat merangka enakmen baharu itu, namun tidak menjadi kenyataan sehingga kini. Dalam pada itu, beliau berkata hasil kerajaan negeri dari kutipan cukai hiburan menunjukkan peningkatan yang amat ketara bermula dari tahun 2007 yang mencatatkan sejumlah RM21 juta, 2011 (RM36 juta), 2014 (RM49 juta) dan 2015 (RM51 juta).
“Jumlah kutipan yang semakin meningkat saban tahun ini menunjukkan jumlah premis hiburan yang semakin bercambah ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan,” katanya. Dalam perkembangan lain, Shahrum mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali meneruskan pembinaan tiga projek lebuh raya baharu yang diluluskan secara dasar iaitu Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). Berhubung dengan isu kenaikan tol, beliau berkata kerajaan negeri boleh memainkan peranan mengurangkan masalah rakyat yang tertekan dengan kenaikan tol melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Kumpulan Perangsang Selangor mempunyai sebahagian kepentingan dalam Lebuhraya Kesas dan Sprint. - SUMBER.
RUMUSAN :
Agaknya pemimpin-pemimpin pakatan di Selangor ni kaki judi kot. Nak cepat kaya le katakan.  Jadi wakil rakyat belum tentu boleh hidup senang. Huhuhuhu...akhirnya negeri Selangor di gelar 'Negeri Judi Haram'.....bukan lagi 'Selangorku'..Ada depa kisah?....alahai Azmin! Dari saya : IIBM#PJUTETAPDIHATIKU
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...