Thursday, July 5, 2012

Abby Pertahankan Pas : Kekal 'Abadi' kah Abby Bersama Pas Nanti??

CERITA pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas. Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah 'menafi'kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik. Dia segan kot. Namun, sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjuruskan kepada keagamaan, tidak terkecuali mengenai perihal Pas. Bagus le tu. Dah ada kesedaran dari Abby bahawa 'masuk Pas atau undi Pas masuk syurga'. Tapi...IBM harap Abby tidak berpendapat begitu.

Paling ketara, semalam, status terbaru di lama sosial, Facebook milik Abby, terang-terangan menyatakan sokongan beliau dan mempertahankan parti Pas. Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat-peminatnya. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam beliau. Maklumlah orang popular le katakan, apatah lagi setelah menyertai dan menjadi orang kuat Pas.

Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil mempertahankan parti itu, iaitu Pas. Ramai juga di kalangan artis yang ingin menghubungi Abby, namun tidak berjaya. Kan apa mereka ingin tahu adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatan beliau dalam parti Pas seperti apa yang penyanyi Aisyah buat. Dan ramai yang bertanya, apakah Abby akan kekal 'abadi' bersama Pas atau hanya hangat-hangat tahi ayam kerana kononnya Abby masuk Pas kerana ingin membersihkan diri dan percaya bahawa Pas sahajalah parti Islam. 

Kalau itulah alasan Abby, IBM rasa Abby telah membuat kesilapan besar, kerana parti Pas hanyalah parti politik, bukan Agama seperti yang di war-warkan oleh Pas. Harap Abby dapat berfikir sejenak sebelum pergi lebih jauh, kerana berfikir sejenak itu boleh merubah segala-galanya. Insyallah. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...