Sunday, July 8, 2012

SELAMATKAH BERCINTA DI DALAM ALAM MAYA??

RAMAI orang terpedaya untuk memulakan hubungan dengan kenalan alam maya kerana terpengaruh dengan imej baik yang sengaja dicipta dan ditunjukkan. - Gambar hiasan

ARTIKAL YANG MENARIK DARI Kosmo! Online. MESTI BACA.....

KES pasangan bercinta melalui alam maya bukan lagi isu biasa. Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes rumahtangga terkini, enam daripada 10 kes rumah tangga berpunca daripada cinta yang bermula di alam maya. Realitinya, individu tidak kira lelaki atau wanita mudah terpadaya dengan cinta alam maya kerana mereka ini terlibat dalam perhubungan tidak nyata. Secara khususnya, mereka ini tertipu dengan kebaikan diri pasangan yang tidak dikenali secara zahir dan beterus terang.
Lazimnya setiap individu akan berusaha untuk menonjolkan yang terbaik bagi menambat hati rakan baru yang dirasakan sesuai untuk menjadi teman istimewa. Hubungan siber jadi lebih indah apabila pasangan baru berusaha untuk memahami kekalutan yang dihadapi, kononnya sedia berkongsi apa saja permasalahan.
Zina Siber
Saya (penulis) pernah kendalikan kes pasangan yang bermasalah disebabkan si suami berzina menerusi internet, menggunakan e-mail untuk mengirimkan gambar-gambar bogel kepada pasngan. Perhubungan betemu muka tidak berlaku dan sekadar bertukar gambar bogel masing-masing (secara spesifik, gambar alat sulit masing sahaja, tanpa wajah) disertakan dengan ayat-ayat yang merangsangkan nafsu. Si isteri yang terjumpa kesemua e-mail itu pasti tidak sabar apatah lagi menerima.
Bukan saja suami, satu kes hujung tahun lalu, perkahwinan berusia enam bulan berakhir apabila suami mendpat tahu kerja jahat si isteri bermesej lucah dengan rakan-rakan siber. Hakikatnya, walau secara siber, tanpa pertembungan dua jasad, arahan syarak agar jangan mendekati zina telahpun berlaku dalam kes-kes di atas. 
Bukan saja berdosa, malah ia boleh merosakkan kebahagian perkahwinan dan diri sendiri. Mereka yang mendapat kepuasan melalui seks alam siber ini boleh dikategorikan sebagai melakukan onani dan boleh memberikan kesan kepada hubungan seksual suami isteri juga.
Bertindak profesional

Tidak ada salahnya suka berinternet atau mencari rakan di alam maya, cuma perlu pastikan anda bertindak profesional dengan menjadikan sebagai kemudahan untuk mempertingkatkan peribadian dan kecemerlangan, bukan untuk merosakkan diri sendiri dan insan sekeliling. Internet boleh digunakan untuk memudahkan segala urusan hidup seharian selain dapat merapatkan hubungan suami isteri yang berhubungan jarak jauh malah suami isteri yang tinggal serumah.
Ikhlaskan niat anda untuk menggunakan kemudahan teknologi yang ada ini dan berusaha untuk tidak merenggsngkan hubungan suami isteri atau keluarga. Pastikan biar apa juga yang dilakukan, pasangan dan anak-anak lebih diutamakan. Anda juga boleh berkawan semula dengan bekas kekasih atau bekas pasangan anda di alam maya. tiada masalah kerana perpisahan yang berlaku dalam hubungan cinta atau perkahwinan bukan satu alasan untuk terus memutuskan silaturahim.
Apa yang penting adalah anda perlu bijak dalam berkomunikasi dan tidak melampaui batas sebagai seorang rakan semata-mata. Pastinya anda tahu menghargai individu yang lebih utama dalam hidup anda. Kalau daripada kawan boleh menjadi kekasih, kenapa tidak boleh kekal berkawan selepas kasih berakhir? Perlu profesional dalam berkawan, bukan hanya kerjaya. Bagi pelayar laman-laman jalinan sosial ini, anda perlu ikhlas dan fokus terhadap tujuan anda melayari laman tersebut. Jangan saja-saja melayari tanpa matlamat.
Kalau nak cari kenalan, pastikan hubungan betul-betul berjalan dalam keadaan yang dibenarkan oleh syarak dan moral masyarakat yang lazim bukan yang luar biasa hingga meminggirkan amalan budaya tradisi. IBM nak tambah sikit lagi. Begitu jugalah di alam politik. Jangan gunakan alam maya ini untuk menghentam dan memaki hamun apabila membuat 'komen' sekiranya sesuatu isu politik atau isu semasa di postkan di alam maya ini oleh rakan-rakan anda. 
Kalau boleh, komenlah dengan cara yang berhemah dan jangan terlalu kerterlaluan hingga menguris hati rkan-rakan. Itu saja yang IBM nak tambah. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...