Saturday, July 28, 2012

Gunakan Mandat 5 Tahun : Nasihat MPN Kepada PM!!

BENGGANG!!!. Dah tentu benggang habis pembangkang sekiranya Perdana Menteri, DS Najib menerima cadangan dari Majlis Profesor Negara (MPN) supaya menunda PRU ke-13 hingga tamat tempoh lima tahun mandat yang diberi. IBM rasa ada lojiknya apa yang disarankan oleh MPN, kerana selain itu, tidak adil untuk DS Najib mengadakan pilihan raya secara tergesa-gesa sebelum cukup tempoh lima tahun pemerintahan BN, apatah lagi Perdana Menteri baru sahaja melepasi tiga tahun pentadbiran negara.

Ada beberapa fakta lagi, kenapa harus DS Najib melanjutkan PRU ke-13 hingga ke bulan April 2013. Oleh itu, IBM yakin, pembangkang akan menyerang DS Najib dengan berbagai-bagai tomahan, takut kalah le, Najib tak ada telo le dan bermacam-macam lagi. Apapun, kepada DS Najib, buatlah yang terbaik, jangan dilayan pembangkang tu, biarkah depa melalak, seperti anjing menyalak bukit. KLIK DISINI untuk cerita yang soheh. Hari Ini IBM tak beberapa sihat untuk menulis lebih panjang. Selamat menjalankan ibadah puasa, moga puasa hari ini lebih baik dari semalam.  Salam sayang dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...