Saturday, July 21, 2012

Datuk Ismail Hutson Meninggal Dunia. AL-FATIHAH!!


AL-FATIHAH!!


Pelakon veteran dan Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar, meninggal dunia awal hari ini. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara di sini tengah hari ini.
Ismail, 72, meninggal dunia pada pukul 1.05 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya akibat komplikasi penyakit jantung, kata isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata, suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu sejak Selasa ekoran demam panas yang berpanjangan.
Diharap keluarga allahyarham dapat bersabar, dan mari kita sama mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin, AL-FATIHAH!!.
Ikhlas dari saya dan 'selamat berbuka puasa' ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...