Tuesday, July 24, 2012

PR Sakit Hati Dengan Tema 'Janji Ditepati' Sempena Hari Kebangsaan? Dengki Le Tu!!


TEMA hari kebangsaan yang ke 55 tahun ni pun Pakatan Rakyat nak politikan. Apa ke jadah depa ni. Tak ada kerja lain ke. Nampak jelas pakatan pembangkang ni ke tandusan idea. Mereka akan cari dan mencari kesalahan orang lain demi untuk politik kotor dan songsang mereka. Apa le yang cacat tentang tema hari kemerdekaan ke 55 tahun ni? Kerana ayat 'Janji Ditepati' tu yang membuat mereka iri hati? HAMPEHH...MEMANG HAMPEHHH Pembangkang ni.

Ekoran itu, Pakatan Rakyat (PR) memberi tempoh seminggu kepada kerajaan  agar menukar tema Hari Kebangsaan - "Janji Ditepati" kerana ia tidak menasabah. Tidak munasabah apanya. Elok benar dan tepat pada masanya kerana kerajaan telah menepati janji-janjinya pada rakyat. Bukan macam pembangkang yang hanya pandai buat janji-janji kosong je. Terimalah hakikatnya wahai pembangkang ooi.

Setiausaha Agung Pas yang bodoh lagi banggang ni, Datuk Mustafa Ali cuba mengertak dan memberi tempoh seminggu kepada kerajaan untuk menukar tema Hari Kebangsaan yang lebih inklusif. Amboi, amboi, garangnya depa. Apa, mereka ingat depa tu sapa? Dan...IBM difahamkan, jika desakan Pakatan Rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan, mereka sendiri (PR) akan menukarkan pada tema yang lain, yang kononnya lebih sesuai dan memberi gambaran terbaik untuk hari kemerdekaan. Banyak cantik!!.

Agak-agak korang semua, apakah tema yang akan di beri oleh Pakatan Rakyat ni ye?..IBM nak beri cadngan pada mereka. Bagaimana dengan tema ini : 'Janji Jangan Ditepati'. Apa macam, ada ngam tak?. Kan apa, itulah sebenarnya wajah-wajah mereka (PR). Pandai buat janji, tapi tak ditepati. 

Disini, IBM nak peringatkan Pak-pak Menteri yang terlibat di sambutan Hari kemerdekaan yang ke 55 tahun ni. Jangan di layan dengan kerenah pembangkang ni, pesetankan mereka. Bukan semua rakyat yang komplain, hanya depa dan segelintir puak-puaknya yang ingin menjadikan isu ini sebagai bahan kempen depan untuk PRU ke-13 nanti.

Sekian dulu dari ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...