Friday, July 20, 2012

Isu Perlombongan Emas 'Haram' Di Kelantan. PAS Salahkan Pegawainya Bocorkan Rahsia??


DAH tiba masanya Kerajaan Negeri Kelantan bertukar tangan. Pas dah terlalu lama memerintah Kelantan. Tapi....apa hasilnya? Rakyat semakin menderita, tiada penbangunan yang hendak dibanggakan. Lebih 22 tahun Pas membuat negeri Kelantan mundur dan di labelkan sebagai negeri yang termundur di negara ini.

Bukan katakan negeri Kelantan tak ada hasil bumi yang boleh digunakan untuk  membuat pembagunan dan menampung perbelanjaan bagi menguruskan pentadbiran kerajaan negeri. Ada. Contohnya lombong emas yang di temui di negeri itu. Itu adalah salah satu hasil bumi yang boleh digunakan oleh kerajaan negeri untuk menjanakan ekonomi di Kelantan. Tapi...malangnya, kerajaan Kelantan gagal, maka terjadilah perlombongam emas 'haram' yang berluas-luasa di negeri itu.


Apa yang IBM di fahamkan, pentadbiran Pas salah menyalah sesama sendiri kerana gagal mengawal lombong emas tersebut, sehingga ramai pelombong haram mengambil kesempatan melombong secara haram.

 Mengikut kata Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim tidak menolak kemungkinan terdapat pegawai kerajaan negeri yang membocorkan maklumat operasi penguatkuasaan kepada pihak yang terlibat dalam kegiatan melombong emas secara haram di negeri ini. Menurutnya, ini kerana setiap kali operasi penguatkuasaan dijalankan, pihak yang terbabit gagal dikesan.


"Penguatkuasaan kita ada, bila kita pergi dia tak ada. Macam pembalakan haram, hari ini penguat kuasa pergi tidak ada, mungkin maklumat dia sudah tahu,'' ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.


Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan kegiatan melombong emas secara haram yang dilaporkan berleluasa di negeri ini. Berikutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan operasi penguatkuasaan di Gua Musang sehingga membawa kepada penahanan beberapa individu kerana mengugut anggota penguat kuasa berkenaan.

Nik Abdul Aziz ketika mengulas isu tersebut memaklumkan, beliau telah mengetahuinya kira-kira setahun dan telah meminta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bertindak, namun tiada tindakan diambil sehingga menimbulkan dakwaan kemungkinan pegawai terbabit menerima suapan.

IBM nak tambah di atas kenyataan Tok Guru Nik Aziz seperti yang di atas ni. Dah setahun beliau mengetahui akan hal tersebut, sebagai seorang Menteri Besar, kenapa beliau begitu lama baru nak membuat kenyatan dan mendakwa ujudnya unsur-unsur rasuah yang mana ada pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menerima suapan? Dan..kenapa perkara ini tidak dilapurkan kepada SPRM?  Ini jelas menunjukkan bahawa Pas memang tidak layak menerajui negeri Kelantan. Kerajaan di Kelantan harus di tukar kepada kerajaan yang baru di PRU ke-13 nanti.

Siapa yang layak mengantikan Pas? Tak payah IBM nak sebut siapa. Anda semua, khususnya rakyat Kelantan tahu siapakan? Bagi IBM, isu perlombongan emas haram ini mesti di selesaikan secepat mungkin. Jangan pandang mudah akan isu ini. Demi untuk kepentingan rakyat, Pas mesti bertanggungjawab, atau serahkan saja negeri Kelantan kepada Parti yang boleh membawa negeri Kelantan kearah yang lebih baik. Sekian dari saya ~ IBM.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...