Thursday, July 19, 2012

Musuh Politik Tun Mahathir Kata Beliau 'Diktator'....Betul Ke??


OLEH kerana sifatnya yang begitu serius, tegas dan tidak pilih bulu, menyebabkan ramai musuh-musuh politik Tun mahathir mengelar beliau 'diktator' semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu. Tapi, yang hairannya kenapa sekarang, kenapa setelah Tun bersara, baru perkara ini dibangkitkan kembali, kenapa tidak dari dulu-dulu lagi? Tak telo ke depa ni? Kalau pun ianya betul-betul berlaku, IBM rasa memang ada hikmahnya. Pembangkang semasa itu memang cuak dan tak berani nak bersuara dan mengeluarkan isu-isu yang bukan-bukan. Disebabkan isu ini hangt diperkatakan dandi ungkit oleh pembangkang juga musuh-musuh beliau, Tun memberi ruang kepada pelayar blognya bagai menyenaraikan tindakan yang dilakukannya sebagai bukti sehingga beliau di gelar 'diktator' sewaktu memerintah negara dulu.



Menurut beliau, semasa menjadi Perdana Menteri, banyak gelaran yang diberikan kepadanya terutama di kalangan musuh politik beliau seperti ‘mahazalim’, ‘firaun’ dan ‘diktator’. Katanya, sehingga ke hari ini, walaupun ditemuramah pihak yang tidak bermusuh dengannya, soalan- soalan yang diajukan memberi gambaran seolah-olah mereka percaya gelaran yang diberikan terutamanya ‘diktator’ adalah tepat. “Berasas atau tidak, gelaran yang diberikan kekal sepanjang hayat dan ia amat berguna dalam politik, terutamanya yang memburukkan musuh. Sebagai Perdana Menteri dahulu, saya diberi banyak gelaran seperti mahazalim, firaun, diktator yang dicipta oleh musuh politik saya.


“Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator. Saya ingin tahu daripada pelawat blog saya tentang apakah yang telah saya lakukan semasa menjadi Perdana Menteri menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator," kata beliau dalam entri terbaru blognya di http://chedet.cc hari ini. Dr. Mahathir dalam entri tersebut turut memberi contoh beberapa pemimpin dunia yang dilabelkan sebagai diktator iaitu bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak serta beberapa pemimpin lain seperti Benito Mussolini; Ferdinand Marcos; Muammar Gaddafi; Saddam Hussein dan Adolf Hitler.

Malah, beliau turut mengimbau kenangan sewaktu di Kaherah, Mesir pada zaman pemerintahan Mubarak yang mana jalan yang dilalui Mubarak dikosongkan sewaktu pemimpin itu menghadiri mesyuarat selain askar bersenjata lengkap berderet di sepanjang jalan. Katanya, di atas bumbung bangunan pula terdapat askar penembak tepat’ yang bersenjata untuk menembak sesiapa yang disyaki cuba menyerang rombongan Mubarak.



Kesimpulannya di sini, musuh-musuh Tun Mahathir merasakan pengaruh dan peranan Tun di dalam Umno/BN masih ada dan diterima pakai oleh pemimpin-pemimpin atasan. Apatah lagi PRU kian hampir. Mereka merasa terancam dengan kemunculan kembali Tun dan dikatakan sebagai PENASIHAT kepada Perdana Menteri DS Najib. Musuh-musuh Tun memang merasa 'gusar' apabila Tun kembali aktif di dalam politik walaupun telah bersara.

Apapun Tun, biarlah apa depa nak kata, sabar je lah. Tak luak pun. Khidmat mu Tun masih diperlukan. Rakyat masih sayangkan mu. Jasa-jasa mu yang lampau masih dikenang. Oleh itu teruskan Tun, bantulah kami, dokonglah kami demi untuk bangsa, agama dan negara. Bagi kami You're the besat!! Sekian dari saya yang benar ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.

1 comment:

  1. Mahathir ni memang diktator yang tak guna.
    Dalam dunia ni mana ada diktator pencen?
    Dalam dunia ni mana ada diktator yang bagi chance dekat orang yang menipu dia? Keturunan Anwar dari tok nenek sampai anak cucu sepatutnya dah tak wujud di dunia ni.

    Pasal Mahathir diktator tak guna lah Anwar ada lagi, dok kacau anak cucu kita pulak.

    Peerraaahhh... Tak guna punya Mahathir!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...