
Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, pucuk pimpinan parti itu menetapkan hanya Presiden, Datuk Seri Hj Hadi Awang dan ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan. Bunyi macam satu ugutan je. Manakala Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pula berkata, mesyuarat Majlis syura memutuskan hanya dua pemimpin itu boleh mengulas mengenai apa yang berlaku dalam mesyuarat majlis malam semalam.
Bagaimana pula dengan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz?....tidakkah beliau juga dikecualikan dari membuat kenyataan atau komen tentang isu Nasaruddin? kan Tok Guru tu berjawatan Mursyidul Am PAS, tak hormat ke jawatan yang Tok Guru sandang tu. Tengok (gambar) di atas tu. Kesian Tok Guru dengan muka sedihnya dan tertidur pulak tu. Kejam betui orang-orang PAS ni ye.
Kalau iapun suruh 'tutup mulut'......berpada-pada le. Ini tidak, Tok Guru pun kena warning. PAS oh PAS! HAMPEHHH!!. Bergolak le korang, beergaduh le korang. Kami tak rugi apa-apa. Tumpang gembira lagi. Hehehehehe. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA