Thursday, January 22, 2015

SAH! SIRUL DITAHAN DI AUSTRALIA

KHAMIS, 22 JANUARI 2015
WALAUPUN telah disahkan bahawa Koperal Sirul Azhar Umar bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) telah di tahan oleh pihak berkuasa di Australia, namun belum ada tanda-tanda beliau akan dibawa pulang dengan segera sekali gus menjalani hukuman gantung yang telah dikenakan terhadap beliau. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar bawah, kanan) semalam, Rabu. Beliau berkata, tertuduh yang disabitkan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu itu ditahan oleh pihak berkuasa Imigresen berkenaan susulan daripada notis merah Polis Antarabangsa (Interpol). Dia kini ditahan di pusat tahanan Imigresen negara itu. Kita akan dapatkan pihak berkuasa polis di sana untuk maklumat lanjut. Selain itu, polis juga akan bertemu dengan Peguam Negara untuk membincangkan tindakan selanjutnya berhubung kes Sirul Azhar, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Agensi berita ABC News hari ini melaporkan, Sirul, 43, diletakkan di bawah jagaan pegawai Imigresen di Brisbane semalaman selepas Interpol mengeluarkan notis merah terhadapnya.

Notis merah bermakna seseorang itu dikehendaki kerana terlibat melarikan diri dari hukuman atau kes yang diputuskan bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa bagi tujuan ekstradisi. Sementara itu, Interpol mengesahkan mereka tidak terlibat dalam mengekstradisi Sirul Azhar ke Malaysia. Sumber Interpol memberitahu, ketika ini proses penghantaran pulang bekas anggota UTK itu tidak membabitkan mereka meskipun notis merah telah dikeluarkan Interpol semalam. Kata sumber terbabit, Sirul Azhar ditahan pihak Imigresen Australia berpandukan notis merah dan kemungkinan akan membabitkan tindakan undang-undang di negara berkenaan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan notis merah menerusi Interpol dan penahannya dibuat susulan daripada notis berkenaan. 

Peringkat seterusnya adalah pihak Peguam Negara akan berhubung dengan Peguam Negara Australia bagi mendapatkan proses ekstradisi. Jadi, proses membawa pulang Sirul Azhar selepas ini adalah melibatkan peringkat antara kerajaan dengan kerajaan, katanya. Ditanya tentang notis merah terhadap Sirul Azhar, sumber memberitahu, tindakan itu dilakukan berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan, baru-baru ini. Difahamkan, kerajaan Malaysia perlu berdepan dengan undang-undang Australia termasuklah membuat laporan rasmi bagi mengekstradisi Sirul Azhar. Itu berikutan perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Australia dianggap tidak sah terhadap kes Sirul Azhar kerana negara itu tidak mengiktiraf hukuman mati.  

Di Malaysia pula, berita yang IBM dapat, terdapat sesetengah pihak yang akan membuat kenduri kesyukuran di atas penahanan Kopral Sirul dan menyuarakan bahawa memang patut Sirul menerima hukuman gantung sampai mati. Dan...ada juga IBM terbaca di dalam portal Pro Pembangkang mengkritik dan menyalahkan kerajaan kononnya Menteri-Menteri dan pegawai-pegawai DS Najib begitu lalai sehingga persalah seperti Sirul boleh lepas dan meluluskan diri lari ke Australia. Bagi IBM, begitu terserlah kebodohan Pembangkang yang menuduh DS Najib dan pegawai-pegawainya tanpa usul periksa dan tuduhan tersebut langsung tak berasas. Pembangkang memang sudah kehabisan modal. Dan kerja depa melalak tak habis-habis. Gila..memang gila. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...