Sunday, January 4, 2015

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS MASIH EGO, SOMBONG. TIDAK MAHU CAMPUR TANGAN PARTI LAIN UNTUK MEMBANGUNKAN SEMULA KELANTAN YANG DILANDA TERUK OLEH BANJIR

AHAD, 04 JANUARI 2015
PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS seolah-olah seperti ingin  melihat rakyatnya di negeri Kelantan terus merana, dan tak perlu campur tangan dari parti lawan bagi membangunkan semula negeri Kelantan yang teruk di landa musibah 'banjir luar biasa'. Mereka tidak mahu kerjasama antara PAS & UMNO ujud. Menurut kata mereka, PAS boleh menyelesaikan semua musibah tersebut. Dan, jika berlakulah  Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS ianya mesti dilakukan dengan syarat ia bebas daripada elemen politik sempit, kata  bekas wakil rakyat PAS, Dr Shafie Abu Bakar (gambar atas, kanan). Beliau menegaskan segala bentuk pembangunan semula di Kelantan susulan banjir teruk di negeri itu perlu dipimpin oleh kerajaan negeri PAS. Dari segi kerjasama itu, beliau sokong dengan bersyarat. Kerjasama bagi membangunkan Kelantan itu boleh dilakukan, namun tidak melibatkan elemen politik, kata bekas ADUN Bangi itu. Oleh itu, tidak ada campur tangan dalam pentadbiran dan pemerintahan kerajaan negeri. Sebarang pembangunan yang hendak dibuat mesti mendapat persetujuan kerajaan negeri. 

Bukan dalam erti kerjasama melibatkan polisi dan diambil oleh kerajaan persekutuan, itu kita tidak mahu, nanti akan jadi pengisytiharan darurat di Kelantan pada suatu ketika dahulu ketika Datuk Mohamad Nasir menjadi Menteri Besar Kelantan, katanya Shafie kepada wartawan dari sebuah portal tempatan. Sementara itu, Shafie mengimbas kembali kepada kemelut politik pada tahun 1977 yang menyaksikan darurat diisytiharkan di Kelantan dan PAS keluar daripada Barisan Nasional akibat perbalahan dengan Umno. Shafie menolak anggapan bahawa kerajaan negeri PAS tidak aktif dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu. Persepsi sedemikian katanya akan menjejaskan sebarang kerjasama UMNO-PAS dalam membela nasib penduduk Kelantan. Beliau bimbang jika dilihat dari segi bantuan yang dilakukan sekarang, fokus banyak diberikan terhadap kerajaan persekutuan. Lebih jelas lagi, ia diuar-uarkan UMNO yang beri bantuan, tidak timbul langsung bantuan kerajaan negeri. Jadi, beliau takut jika ada hal kerjasama kelak, ia akan menggunakan segala infrastruktur dan publisiti yang menunjukkan kerajaan persekutuan menenggelamkan kerajaan negeri. 

Maka faedahnya akan pergi kepada kerajaan persekutuan, ujarnya lagi. Gesaan supaya UMNO-PAS bersatu kembali hangat diperkatakan setelah Pengasas Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub membangkitkan perkara itu bagi membangunkan semula Kelantan yang terjejas teruk oleh banjir. Beliau menyeru kepimpinan PAS-UMNO melupakan sementara hal politik masing-masing supaya hal pembangunan negeri itu menjadi lebih mudah. Bagaimanapun pandangan Hussamuddin kurang disenangi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang mengatakan banjir bukan satu alasan kukuh untuk merealisasikan tujuan itu meskipun merasakan kerjasama UMNO-PAS tidak mustahil dilakukan. Maka, apabila IBM kaji semula akan penjelasan oleh bekas wakil rakyat PAS ini, seolah-olah PAS takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Mereka tidak mampu untuk membangunkan semula negeri Kelantan di dalam masa yang terdekat ini. Maka, PAS melihat kerajaan persekutuan akan mendapat nama dan rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan diatas keperhatinan kerajaan persekutuan/pusat membantu mereka. 

Itulah sebab sebenarnya PAS takut mengadakan kerjasama PAS dengan UMNO. Bayangkan wahai para-pembaca sekalian, ini jelas menunjukkan PAS tidak jujur, tidak ikhlas dan iri hati kepada semua orang yang ingin membantu rakyat mereka. Lagi pun, buka UMNO yang memula dan membuat cadangan supaya penyatuan PAS-UMNO perlu dibuat demi untuk agama dan bangsa Melayu itu sendiri. Fikir-fikirkan. Bagi IBM, kalau itulah yang PAS hendak, lupakan akan penyatuan tersebut kerana bagi pandangan IBM, ianya tidak berbaloi langsung. Biarkah PAS dengan sikap egonya, biarkan rakyat negeri Kelantan sendiri yang menghukum PAS. Dan...biar rakyat Kelantan sendiri yang akan menyedarkan PAS bahawa penyatuan PAS-UMNO itu amat-amat penting. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...