Wednesday, January 7, 2015

SUARA-SUARA ANTI PERPADUAN ANTARA PAS & UMNO ADALAH PENENTANG ALLAH, KATA ISMAIL MINA...

RABU, O7 JANUARI 2015
MEMANG tepat sekali apa yang diucapkan oleh seorang tokoh ulama, Hj Ismail Mina yang merupakan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) tentang perpaduan di antara umat Islam. Begitu juga dengan politik. Usaha sedang dilakukan untuk PAS & UMNO duduk semeja bagi menjalinkan perpadauan di antara mereka demi untuk umat Islam di Kelantan dan sekalu gus mengujudkan kerajaan 'perpaduan'. Tapi sayang, usaha tersebut ditentang oleh banyak pihak, terutamanya para pemimpin-pemimpin tertinggi PAS. Ekoran dari itu, mereka (pemimpin politik) yang tidak mengalu-alukan kerjasama di antara kerajaan Persekutuan (BN) dan kerajaan negeri Kelantan adalah yang menentang perpaduan, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Haji Ismail Mina Ahmad (gambar atas kiri). Jelasnya mana-mana tokoh khususnya yang beragama Islam sama ada dari PAS mahupun UMNO atau di luar daripada kedua-dua parti itu yang menidakkan keperluan kerjasama untuk membangunkan negeri yang terjejas teruk akibat banjir boleh dikategorikan sebagai golongan mujrimin (orang berdosa). 

Dalam satu Tamadun, al-Quran menyebut akan ada orang-orang yang ada tidak suka kepada kabaikan (mujrimin). Suara-suara anti perpaduan sama ada dalam PAS atau UMNO atau orang ramai sekalipun, sebenarnya adalah suara yang menentang perintah Allah, katanya kepada Antarapos ketika ditemubual. Sebelum ini, pemilik akhbar Sinar Harian Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata PAS Kelantan dan UMNO perlu bersatu demi memulihkan kemusnahan yang dasyat di negeri itu. Beliau berpandangan bahawa perlunya kerajaan campuran di peringkat negeri itu untuk membina semula Kelantan, namun respon negatif diterima daripada beberapa pemimpin PAS termasuk Ketua Penerangan parti itu Datuk Mahfuz Omar, Naib Presidennya termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sendiri dan yang paling-paling bencikan perpaduan tersebut ialah bekas Menteri Besar Kelantan yang juga sebagai Mursydul Am PAS. Katanya, selagi beliau masih hidup, beliau tak izinkan perpaduan antara PAS & UMNO berjaya diujudkan. Bagi Nik Aziz, UMNO adalah musuh no 1 PAS dan beliau lebih percaya dan suka menjalingkan hubungan rapat dengan parti DAPigs. Pergi jahanamlah dengan UMNO, katanya.

Persoalanya, adakah lagi pengaruh Nik Aziz di dalam PAS Kelantan? Mengikut Hj Ismail Mina lagi, golongan atau kumpulan seperti ini terikat dengan fahaman sempit liberalisme yang tidak mahu melihat umat Islam khususnya saling bantu-membantu antara satu sama lain, tegas Ismail yang juga ahli seumur hidup PAS. Ini anasir-anasir dalam umat sekarang ini akibat daripada fahaman liberalisme mereka mereka tidak mahu umat Islam bersatu padu, kerana mereka ada agenda masing-masing. Oleh yang demikian suara-suara sumbang dan kontra al-Quran baik dalam PAS mahupun UMNO perlu kiita lenyapkan, jelasnya. Ujarnya lagi, Kelantan setelah ditimpa banjir ini sudah tentu akan menjadi lagi mundur dari aspek pembangunan daripada sebelum ini, sudah tentu perlu bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk bersama-sama dengan kerajaan PAS di negeri itu bagi menjamin masa depan dan kebajikan rakyat. Kedua-dua parti ini hanya perlu mengutamakan kepentingan rakyat dalam masa sama mengenepikan kepentingan suara-suara sumbangn tersebut. 

Sekarang ini Kelantan tidak boleh membangun jika bersendirian, setelah setengah abad, apa lagi selepas banjir besar ini duit royalti tidak boleh membantu membina semula Kelantan. Maka perlu saling tolong kerajaan negeri dengan pusat, dalam al-Quran sebut hendaklah terima pertolongan orang, tambahnya. Sebelum ini dianggarkan kos membangunkan dan memulihkan semula negeri Cik Siti Wan Kembang itu mencecah billion ringgit, kos membina penempatan sementara sahaja mencecah RM52.5 juta. Jesteru, IBM ingin lontarkan persoalaan ini kepada PAS Kelantan. Bolehkah PAS kelantan bersendirian memulihkan keadaan di Kelantan seperti sedia kala? Dan...adakah PAS masih ego tinggi membiarkan rakyatnya merana tidak akan berbuat apa-apa bagi merubah penghidupan rakyat Kelantan yang sedang berduka, taruma akibat musibah banjir luar biasa yang melanda negeri mereka, Kelantan? Jawapannya ada pada PAS. Tepuk dada tanya selera. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...