Friday, January 9, 2015

HARAKAH AKHBAR PENCETUS FITNAH BERGOLAK. KETUA PENGARAHNYA DIMINTA LETAK JAWATAN!

JUMAAT, 09 JANUARI 2015
INILAH akibatnya jika terlalu banyak menabur fitnah, melaga-lagakan orang dan menghentam parti lawan tanpa usul-pereksa asalkan memuaskan hati mereka demi kefahaman politik songsang yang mereka amalkan sekian lama. Sifat dendam, iri hati membuatkan akhbar Harakah ini menjadi 'Pencetus Fitnah' no 1 negara. Kini tuhan telah menghukum mereka. Harakah dikhabrkan sedang bergolak. Ianya bermula didalam parti PAS. Pergolakan antara golongan ulama dengan profesional di dalam PAS semakin ketara apabila dua pengarang akhbar lidah parti PAS, Harakah diberhentikan, manakala Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman (gambar kecil atas, kanan) telah diminta meletakkan jawatan ketika sedang cuti sakit. Tindakan pemberhentian Pengarang Harakah, Tarmizi Md. Jam dipercayai kerana kritikan terhadap kerajaan perpaduan dalam pimpinan PAS manakala pemberhentian Pengarang Rencana Harakah, Roslan Hamid dipercayai mempunyai kaitan dengan penyiaran tulisan artikel seorang kolumnis, Dinsman atau nama penuhnya, Shamsudin Othman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS. 

Selain ruangan artikel Dinsman telah dihentikan, Lembaga Pengarah Harakah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut meminta Ahmad Lufti meletakkan jawatan dengan pihak berkenaan telah pun menyerahkan borang berhenti kerja atas sebab kesihatan kepada Ketua Pengarang Harakah itu. Berang dengan pemberhentian tersebut, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata, tindakan pemberhentian dua pengarang dan tekanan terhadap Ahmad Lufti itu bukan sahaja tidak munasabah malah disifatkan sebagai tidak beretika, biadab dan merupakan perbuatan zalim. Adakah ini merupakan akibat daripada krisis kepemimpinan dan konflik antara dua golongan yang sedang bergolak dalam PAS?, tanya beliau. Dan mereka yang berkenaan ini menjadi mangsa yang tidak berdosa dan sekali gus menjadi mangsa pentadbiran yang zalim lagi tidak bertanggungjawab, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Menurut Ishak yang juga bekas Pengurus Harakah yang pertama, pihaknya berharap pucuk pimpinan PAS menyelesaikan isu tersebut dan mendesak agar Mustafa disingkirkan daripada pengurusan Harakah kerana tindakan zalim yang dikenakan terhadap Ketua Pengarang Harakah dan pengarang-pengarang berkenaan. Kata Ishak lagi, mereka bersedia (untuk menerima sebarang tindakan daripada pucuk pimpinan parti) kerana kami percaya kepada menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran. Mereka tegur kerana perkara ini menyalahi tata etika kerja dan keduanya, perkara ini zalim dan bertentangan dengan semangat Islam yang dibawa PAS. Menurut kata Ishak lagi, mereka sebenarnya amat tersentuh kerana Ahmad Lufti baharu lepas dibedah (sakit jantung) dan menghidap kencing manis, patutnya diberi khabar gembira kepada orang sakit tetapi disuruh pula letak jawatan, sudah tentu Ahmad Lufti sedih mengenang soal urusan rumahnya, isteri dan anak-anaknya nanti, kata Ishak. 

Dalam pada itu, menurut Dinsman, beliau tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan Harakah mengenai alasan kolumnya dihentikan namun beliau percaya tindakan itu mempunyai kaitan dengan dua artikelnya yang mengkritik ulama dalam PAS. PAS selalu mengkritik BN (Barisan Nasional) yang tidak menghormati kebebasan bersuara tetapi mereka sendiri yang buat macam itu, beliau berharap PAS kembali kepada kebebasan bersuara dan juga menjaga kebajikan Harakah, katanya. Kata Dinsman lagi, beliau menyedari mengenai risiko dalam menulis artikel yang mengkritik golongan ulama dalam PAS namun beliau berpendapat perkara itu perlu disuarakan dan disampaikan kepada pucuk pimpinan parti. Sementara itu, Pemangku Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Rozan Azen Mat Rasip berkata, pihaknya merakamkan simpati terhadap warga Harakah yang diberhentikan kerja tanpa mengikut etika kerja yang lazim serta akhlak yang selalu disyarahkan pimpinan PAS. 

Kami mohon penjelasan ulama Pas dalam perkara-perkara tersebut. Sekiranya tindakan mereka itu menyalahi ajaran Islam, kami tuntut mereka memohon maaf dan menerima semula wartawan-wartawan berkenaan untuk bekerja seperti biasa, kata Rozan yang menjelaskan Paksi merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai hubungan erat dengan PAS Kawasan Batu. Maka, kesimpulannya disini, pergolakan dalaman Harakah yang dikuasai oleh pemimpin-pemimpin tertinggi memang serius. Kini jelas betapa kejamnya pemimpin PAS yang sewenang-wenangnya membuang kaki tangan yang mengkritik kepimpinan PAS. Dengan erti kata lain, pemimpin PAS tidak boleh ditegur. Mereka sahaja yang betul. Maka dengan itu jelas bahawa selama ini PAS memang parti yang jahat, menggunakan akhbar Harakah menfitnah sana-sini. 

Mereka kata Barisan Nasional (BN) parti yang kejam, zalim, tapi, kini tembelang mereka pecah. Mereka (PAS) lagi kejam dan jahat. Dengan itu, akhbar Harakah tidak elok dan tidak layak dibaca. Mungkin...mungkin layak dibaca oleh binatang, seperti monyet dan lain-lain. Jangan marah jika IBM berkata demekian, kerana Harakah sendiri yang menonjolkan dan menampilkan betapa kejinya mereka. Maka, memang patutlah Harakah bergolak dan terus bergolak. Itu adalah 'anugerah' dari tuhan supaya pemimpin-pemimpin PAS sedar dan balik kepangkal jalan dengan perjuang asal mereka. PAS pejuang Islam??. Fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...