Sunday, August 4, 2013

APA SEBENARNYA MOTIF 'THE NEW PAPER' INI??....PENGHINAAN?

AHAD, 04 OGOS 2013
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat. Sebaliknya, Khalid menegur akhbar itu agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia. “Ia adalah satu kenyataan jahat…eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini hari ini.
Akhbar The New Paper pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk ‘Selamat datang ke Malaysia di mana…kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal’ yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000). Artikel tersebut menerima maklum balas negatif daripada pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina.

Tapi, disebalik kenyataan atau berita yang dipaparkan di atas telah dinafikan oleh editor 'The New Paper", kesal dituduh berniat jahat. Baca artikal dan kenyataan beliau di atas. Mari kita sama-sama mencari rumusan setelah agama Islam di hina, kini negara kita pun dihina dan diperlekehkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Adakah kerajaan hanya berdiam diri dan meminta editor akhbar tersebut meminta maaf? Apa motifnya...beliau dan negaranya Singapura sahaja yang tahu. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Kami ingin memohon jasa baik untuk link 'Rakyat News' dalam senarai blog pilihan di blog anda.

    Sekian. Terima Kasih

    Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Rakyat News.

    Maaf Zahir dan Batin


    RAKYAT NEWS

    http://www.rakyatnews.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kumusallam.

      Tak jadi hal. Boleh sahaja. Selamat Hari Raya Aidilfitri kembali dari saya ~ IBM

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...