JELAS, apabila dikaji secara mendalam memang DAP mengamalkan politik kuku besi dan parti anak beranak. Oh ya, terlupa pulak. DAP juga merupakan sebuah parti 'rasis'. Ini semua diambil kira apabila DAP menolak mentah-mentah keputusan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang meminta supaya parti itu mengadakan semula pemilihan baru.
Seperti diduga, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut penjelasan ROS berhubung pertikaian yang ditimbulkan terhadap pemilihan parti itu Disember tahun lalu. ROS perlu nyatakan peruntukan undang-undang mana yang digunapakai bagi meminta DAP mengadakan pemilihan baru, katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang diadakan pada Rabu (semalam).
Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut. Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.
Disini, boleh kita mengambil kesimpulan bahawa Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya sengaja mengingkari keputusan ROS kerana sekiranya pemilihan semuala diadakan, beliau dan kuncu-kuncunya akan kalah dan terus disingirkan dari DAP. Itu perkara yang sebenarnya, kerana IBM mendapat maklumat dari salah seorang rakan cina (DAP) dari Petaling Jaya Utara. Maka, jika pernah satu ketika dulu ramai yang mempertikaikan dan mengelar bahawa parti DAP adalah 'parti anak beranak', kini kebenarannya terserlah.
Kalau beginilah sikap Lim Guan Eng dan DAP, bayangkan sekiranya Pakatan Rakyat yang di pimpin oleh DAP ini memerintah negara. apa akan jadi? Kalau ahli parti mereka boleh tipu, apatah lagi rakyat. Maka, dimanakah yang dikatakan DAP sebuah parti yang memperjuangkan rakyat dan ingin membuat perubahan kepada negara sekiranya mereka memerintah kelak? Didalam parti sndiri penuh dengan penipuan, kronisme, rasuah, ada hati nak memerintah negara. Lupakan segala hasrat kamu itu wahai Lim Guan Eng dan DAP. Lojiknya episod DAP ini adalah kerana pemimpin-pemimpin DAP yang lama, termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang, Presidennya Karpal Singh (Parpet) dan SU nya, Lim Guang Eng mengetahui bahawa sekirannya pemilihan baru dibuat, mereka akan tewas kerana ada sekumpulan yang dikatakan begitu kuat dan berpengaruh sedang menunggu untuk mengulingkan mereka-mereka itu.
Oleh kerana takut tewas dan takut dengan bayang-bayang mereka, melalui Setiausaha Agung nya, Lim Guan Eng, DAP tolak keputusan yang telah dibuat oleh ROS. Itulah DAP, parti yang begitu rasis dan dimonopoli oleh anak bernak yang ingin terus menerajui parti DAP, tapi hakikat sebenarnya mereka telah ditolak oleh ahli parti dan disarankan supaya bersara terus dari politik. Itulah realitinya. Kita tunggu dan lihat apa kesudahan sendiwara DAP ini. Kadang-kadang seronok juga tengok telatah pemimpin-pemimpin DAP ini apabila mereka tertekan dan ditekan. Melenting habis. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Apa tindak ROS jika Dap terus ingkar ? sebaiknya buat kajian mendalam untuk batalkan pendaftaran Dap itu , biarkan semua pemenang PRU13 menjadi ahli Bebas dan mereka bebas memilih siapa pula tuan mereka yang masih ujud , BN , Pas atau Pkr.
ReplyDeleteSekurang-kurang secara mata kasar jika mereka gagal bersatu dalam satu hati dan satu parti , maka terbubarlah DUN atau pemerintahan PP boleh beralih ke BN semula .
Salam sesejuk mata memandang,
DeleteKita tunggu dan lihat apakah tindakan selanjutnya dari ROS sekiranya DAP ingkar....