Sunday, August 4, 2013

APA PUNCA JENAYAH MENINGKAT DI NEGARA INI?

AHAD, 04 OGOS 2013
HATI-HATI KERANA JENAYAH ADA DIMANA-MANA

Jika kita masih berada di zaman Tun Dr Mahathir, kita tidak akan melihat sikap sikap  pengecut pemerintah didalam Isu isu yang berkaitan dengan keselamatan. Akta ISA digunapakai sebagai pengekang kepada jenyah yang melibatkan keselamatan negara, ketenteraman dan sebagainya.Kerajaan yang lemah dan kurang tegas didalam mentadbir negara akan menyebabkan banyak  perkaya yang mana sebelum ini tidak berlaku  akan terus berlaku dengan sewenangnya. Kegagalan sebuah kerjaaan bukan hanya terletak kebijkasanaan dalam memaikkan ekonomi negara akan tetapi ianya berkaitan dengan keamanan rakyatnya. Kerajaan Malaysia pada hari ini dilihat sebagai sabuah kerajaan yang cukup lemah  susulan ketakutan barisan Menteri dan Kabinetnya membuat transfomasi yang  menjamin keamanan didalam negara ini.

Tuntutan kumpulan manoriti dilihat sebagai keutamaan tuntutan termasukkah dalam isu isu berkaitan dengan keselamatan negara. Selepas mansuhnya ISA kini kerajaan telah dituntut melakukan  penghapusan akta hasutan 1948 pula. Relevan kah ini? Apakah kajian mendalam tidak dilakukan , hanya sekadar untuk memberikan ruang dan peluang terhadap peningkatan jenayah dan penghinaan terhadap kaum , agama berlaku tanpa boleh diambil tindakan  segera sebagai pengajaran. Jasa PR Pada Malaysia: Jenayah Meningkat, Provokasi Kaum Menjadi-jadi. Pakatan Rakyat, melalui agen-agennya seperti SUARAM merupakan pendesak utama kepada penghapusan ISA, Akta Darurat dan Akta hasutan. Alasan mereka, akta-akta ini telah menyekat kebebasan serta tidak adil kerana membenarkan seseorang ditangkap tanpa bicara. Untuk itu, Harakah pada hari ini terus menyiarkan kisah anak-anak tahanan ISA bagi meraih simpati rakyat sekali gus mencemuh akta itu.

Akhirnya, atas desakan PR, kesemua Akta tersebut dihapuskan dan mereka pun bersorak gembira sebagai tanda kemenangan. Kata mereka, kerajaan akhirnya berbuat sesuatu yang tepat apabila mendengar desakan mereka. Namun, malang sekali kerana ia tidak bermakna mereka akan berhenti dari menyerang kerajaan, dan jauh sekali menyokong BN. Lebih malang ialah mereka mengutuk dan menghentam BN pula apabila kadar jenayah meningkat dan provokasi menjadi-jadi. Akibat dari ketiadaan undang-undang pencegahan maka pihak berkuasa sukar untuk membanteras jenayah dengan lebih berkesan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila penjenayah yang ditangkap atas dasar pencegahan pula terpaksa dibebaskan. Hasilnya, ialah apa yang kita lihat berlaku pada hari ini iaitu kejadian bunuh, tembak, rompak dan pergaduhan meningkat dengan mendadak. Selain itu, ramai yang semakin berani menghina dan mencabar agama Islam dan juga Institusi Raja-raja secara terbuka dan melampau.

Hari ini, pemimpin PR tidak lagi mendabik dada bangga kerana berjaya melepaskan penjenayah. Mereka juga enggan bertanggungjawab terhadap sikap biadap beberapa individu yang menggunakan hak kebebasannya untuk menghina dan menghasut sesuka hati. Mereka yang ditangkap terpaksa dilepaskan kerana tiada akta yang membolehkan mereka ditahan. Dan pemimpin PR terus bersikap seolah-olah mereka tidak ada kena mengena dengan kekalutan yang berlaku akibat ketiadaan Akta-akta di atas. Sebaliknya, mereka meletakkan segala-galanya ke atas bahu kerajaan BN. Dari situ juga mereka mula membina persepsi terhadap BN sebagai kerajaan yang lemah. Rakyat harus lebih bijak dalam menilai apa yang berlaku dan jangan sekali-kali terlepas pandang akan motif dan sikap PR itu sendiri.

Pernahkah kita bertanya kenapa PR begitu gemar membela orang salah? Kenapa PR perlu mendesak agar dilepaskan penjenayah? Kenapa PR ingin membuka negara ini kepada risiko ketidakstabilan? Apakah motif PR sekadar untuk ‘mengenakan’ BN, atau sememangnya mereka benar-benar percaya bahawa penghapusan akta-akta tersebut adalah tepat? Sebelum ini, PR juga ada mendesak kepada penggunaan dakwat kekal dalam PRU. Dakwat kekal, seperti yang ditegaskan oleh SPR ketika enggan melayan desakan mereka pada mulanya, merupakan sistem yang tidak efisien dan hanya diguna di negara dunia ketiga. Namun, PR tetap mendesak dan mengasak penggunaannya sebagaimana hebatnya mereka mendesak agar Akta-akta di atas dihapuskan juga.

Akhirnya terbuktilah sudah bahawa apa yang diinginkan sangat oleh PR itu merupakan satu kesilapan. Dakwat kekal ternyata tidak lebih dari satu prosedur tambahan yang tidak efisien dan tidak mampu mengatasi sistem sedia ada. Maknanya, kita telah mengeluarkan kos ke atas sesuatu yang tidak perlu. Kesimpulannya di sini ialah PR tidak pernah membawa idea yang bernas dan tepat. Semua idea yang didesak oleh PR ke atas kerajaan adalah idea yang salah, bodoh dan merugikan semua pihak. Dalam soal undang-undang pula, idea yang mereka kemukakan ternyata membahayakan rakyat juga. Sebagai langkah ‘pembetulan’ dari idea-idea PR yang menyusahkan semua pihak ini, Ketua Polis, bekas Ketua Polis dan juga Menteri Dalam Negeri telah mencadangkan penggubalan Akta pencegahan baru bagi mengawal keadaan. Justeru, kita berharap agar Akta-akta baru ini akan dapat menangani segala kelemahan yang dibawa oleh idea-idea pembangkang.

Kesimpulannya, IBM berpandapat penghapusan ISA dan Akta Hasutan 1948 diantara punca meningkatnya jenayah di negara ini. Itu pendapat ikhlas dari IBM , jangan salah tafsir ye.Tapi, alhamdulillah negara kita masih aman dan terkawal. Oleh itu, mari kita sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

5 comments:

  1. Tulis lah apa pun yang nyata bangang dan punca masalah adalah Najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Labu8455,

      Salam.
      Tak baik menuduh PM kita begitu. Kita tak boleh melamparkan apa sahaja di atas kepala DS Najib. Kita dpt
      lihat akan kesungguhan DS Najib utk membuat perubahan utk rakyat dan negara. Kan elok kita memberi idea2 yg bernas bagi apa jua masalah terutamanya kes jenayah yg begitu ketara dan menin gkat.

      Menyalahkan org lain, terutama pemimpin2 kita dan juga DS Najib bukanlah idea yg elok. Kita sebagai rakyat juga harus dipertanggungjawabkan. Kita mesti bertanya pd diri kita, apakah kidmat yg telah kita berikan kepada negara dan jgn tanya apa khidmat yg negara telah berikan kepada kita. Fikir2kan....

      Delete
    2. sesuatu wajib dilakukan untuk memulihkan keadaan.Tapi malangnya para pemimpin melayu tak mengerti keadaan dan hal dalam keadaan.suara cerdik pandai rakyat marhaen diketepikan begitu saja.Sementara masih berkuasa lantik orang tertentu cerdik ini sebagai senetor(ahli dewan negara).

      Delete
    3. Salam mat din,

      Inilah yg harus di pandang dan difikirkan dgn serius oleh para pemimpin melayu kita. Harap mereka2 ini dpt membantu Perdana Menteri kita supaya segala apa juga pandangan dan suara rakyat harus di pertimbangkan dan diterima pakai. Harus diingat pembangkat sentiasa mencari silap kerajaan kerana mereka ini di lihat begitu
      cenderung melindungi pesalah dan akhirnya salah kerajjan juga yg mereka nampak.

      Pada hal merekalah yg memulakan kerana setiap kali pejenayah di tangkap, pembangkang akan membela dan mengkritik kerajaan di atas penangkapan mereka. Apabila dihukum pembangkang terus membidas kerajaan kononya berat sebelah dan byk lagi tom,ahan yg mereka lamparkan....ini bermakna pembangkanglah yg dilihat meningkatkan jenayah di negara ini....tapi...kerajaan harus mencari jln agar jenayah dinegara ini dikurangkan......syukur....negara kita masih aman!

      Delete
  2. Hukuman jenayah syariah islam atau masyarakat kita lebih suka memanggilnya hudud wajib dilaksanakan segera. Jika jenayah melibatkan org islam dia patut dihukum seperti yg termaktub dlm Al Quran. Jika bkn islam akan dihukum seperti yg ada sekarang. Tetapi, jika bkn islam melakukan jenayah ke atas org islam dia wajib dikenakan hudud. Cth: seorang hindu meragut beg tangan seorang wanita islam, jika cukup saksi maka hukumnya potong tangan. Kesimpulannya marilah kita sokong hudud krn confirm rakyat khususnye org islam dan bkn islam amnya xkan berani nk buat jenayah klu dh gerun dgn hukuman. Hanya org jahat takut hudud. Semoga pemerintah kita diberi hidayah olehNya. Amin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...