KINI terjawab sudah. Klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang di naik muat di youtube yang mendatangkan kemarahan umat Islam di negara ini yang mana pelakon didalam video tersebut adalah seorang 'tomboi' yang bernama Maznah Yusof. Aduh, betapa berkecainya hati mak bapak si tomboi ini apabila mengetahui perilaku anaknya yang menghina agama Islam yang mana beliau sendiri adalah penganut agama Islam. Tapi, perbutan yang si tomboi lakukan ini tidaklah merupakan beliau seorang Islam. Apa tidaknya, lihat sajalah di dalam video tersebut, sewenang-wenangnya beliau menyentuh anjing-anjing peliharaanya tanpa merasa apa-apa. Kalau beliau seorang yang beragama Islam, sudah tentu beliau tahu bahawa menyentuh anjing tanpa berlapik dan didalam keadaan basah adalah haram hukumnya.
Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan penerbitan klip video '1 Hari di Hari Raya' yang menggambarkan Hari Raya umat Islam boleh diraikan bersama anjing adalah tindakan menghina Islam dan perbuatan tidak bertanggungjawab. Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha (gambar bawah kanan) berkata pemilik video itu secara jelas menghina pegangan dan sensitiviti umat Islam di Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Shafie bahawa umat Islam tidak boleh memegang atau menyentuh anjing atau keturunannya di mana jika tersentuh wajib disertu. Katanya takbir Hari Raya yang turut dijadikan muzik latar dalam video itu, juga merupakan satu tindakan penghinaan kerana takbir itu merupakan satu lafaz suci dalam memuji dan membesarkan Allah sedangkan pemilik video melakukan agenda yang sangat menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Menurutnya lagi, penerbitan video tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam yang menghormati perasaan beragama seorang Islam yang lain. Tindakan pemilik video itu seolah-olah memperlekeh dan mencabar pegangan umat Islam yang selalunya dilakukan dalam bentuk provokasi oleh segelintir orang bukan Islam, katanya semalam (Jumaat). Datuk Othman berkata satu laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat pada Rabu lalu dan kini Jakim sedang menyiapkan satu laporan untuk dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat tindakan susulan.
Difahamkan si tomboi@mak anjing itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor, semalam atas bon jaminan Mahkamah. IBM harap isu sensentif ini tidak diperam lama-lama kerana ianya amat-amat keterlaluan. Masak le kamu kali ini tomboi oii!! IBM percaya umat Islam di negara ini sudah tidak tahan lagi apabila agama Islam dihina, dicaci, diperlekehkan hari demi hari dan kini ianya sukar dibendung. Tolong....tolonglah wahai pihak yang berwajib. Bertindaklah segera. Cukuplah dan hentikan perkara yang tidak menguntungkan sesiapa malah akan mengeruhkan suasana dan memudaratkan negara. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Ikhlas dari ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA