Wednesday, February 4, 2015

AGENDA 3S (PAKATAN) DIDEDAH. MENCURIGAKAN

RABU, 04 FEBRUARI 2015
IBM tak terkejut pun apabila perancangan yang berniat jahat dibuat dan disusun oleh PAS bersama dengan rakan kongsi mereka dalam Pakatan. Mereka (Pakatan) mempunyai banyak agenda. Boleh dikatakan semua agenda yang mereka (pakatan) hendak laksanakan adalah agenda yang jahat-jahat yang akan melingkupkan negara. Salah satu agenda jahat mereka dinamakan agenda 3S. Pendedahan agenda 3S ini dibuat sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki (gambar bawah kanan). Ini bukan cerita rekaan dan bukan IBM yang pandai-pandai nak reka. Tapi, ianya di dedahkan oleh pemimpin PAS, Dr, Mohd Zuhdi Marzuki. Beliau secara terbuka memberi amaran dan mengingatkan parti itu tentang agenda mencurigakan membabitkan rakan sekutunya yang didakwa mahu membolot kekuasaan di Sabah dan Sarawak dengan menggunakan isu agama. Beliau yang menamakannya sebagai Agenda 3S (Singapura, Sabah dan Sarawak) berkata, PAS perlu melihat lebih jauh dan bukannya sekadar menawan Putrajaya sahaja kerana ada musuh yang jauh lebih besar di selatan tanah air seperti PAP. 

Mohd. Zuhdi yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS mendedahkan, antara agenda utama gerakan itu ialah menjadikan Sabah dan Sarawak seperti Si­ngapura. Kita tidak boleh menafikan ada ahli-ahli politik Pakatan yang berulang-alik ke Singapura, jelas Zuhdi. Pendedahan ini di buat semasa beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Politik Islam Pasca Keruntuhan Negara Bangsa dalam program Nadwah Ulama di Darul Fuqaha, Bangi, semalam, Selasa. Mohd. Zuhdi cuba mengingatkan pemimpin-pemimpin PAS yang lain, sebagai sebuah gerakan Islam tidak boleh melupakan amaran yang pernah disuarakan oleh bekas-bekas pemimpin parti itu tentang kemungkinan Singapura memainkan peranan sebagai sekutu Israel di Asia Tenggara. Beliau mendakwa, gerakan yang memperjuangkan Agenda 3S itu sedang giat memainkan sentimen agama untuk menarik sokongan orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak. Seperti contoh, katanya, isu 'kalimah Allah' yang sudah lama padam dibangkitkan semula dan mereka juga mencari jalan untuk mengeluarkan PAS daripada pakatan pembangkang, ujarnya. 

Kalau kita masih ingat, Mohd. Zuhdi sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi berikutan analisis senarionya tentang kemungkinan PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor di dalam kumpulan WhatsApp ‘AJK Pas Pusat’ yang dibocorkan kepada umum. Kebocoran analisis senario itu telah mencetuskan perbalahan secara terbuka di antara pemimpin-pemimpin Pas yang mempertahankan Mohd. Zuhdi serta sekutu-sekutu mereka daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Maka, IBM beranggapan pendedahan yang di buat oleh Dr. Mohd Zuhdi Marzuki ini, sedikit sebanyak boleh membuka mata dikalangan pemimpin-pemimpin supaya berfikir dua kali untuk tidak terus bersekongkol dengan DAPigs dan PKR dan keluar dari pakatan. Tapi, berapa ramaikah dikalangan PAS yang akan mengambil iktibar dan 'bangun dari tidur' apabila terbaca akan pendedahan 'agenda 3S' ini? Silap hari bulan pendedahan ini akan terpercik kembali ke muka Dr Mohd Zuhdi. 

Dan....apabila di gasak, didesak oleh rakan kongsi PAS, DAP dan PKR akan tanpillah pemimpin-pemimpin PAS yang akan bersuara dan berkata itu adalah pandangan peribadi Dr. Mohd Zuhdi bukan suara mewakili PAS. Ayat itu sudah terlekat dibibir pemimpin-pemimpin dalam pakatan. Apapun, dipihak kerajaan, harus mengambil sikap untuk 'berwaspada' kerana ianya tidak mustahil boleh berlaku kerana dunia politik sekarang ini 'berserabut' penuh dengan tipu helah.  Maka, kerajaan mesti peka dan ianya mesti dibendung serta-merta. Jangan ianya sampai menjadi 'kanser' yang mana amat sukar diubati. Sekali lagi IBM peringatkan, ambillah serius akan pendedahan yang dibuat oleh Dr Mohd Zuhdi, walaupun beliau adalah dari pembangkang, tapi, peringatan beliau akan agenda 3S perlu di ambil serius kerana ianya boleh memudaratkan negara, sekali gus boleh menumbangkan kerajaan yang ada. PRU ke-14 tak lama lagi beb! Fikir-fikirkan. Wassallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...