Friday, September 4, 2015

DULU BENCI KEMAIN....SEKARANG SAYANG PULAK....

JUMAAT, 04 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM JUMAAT, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

IBM tak faham politik jenis apa yang dimainkan oleh Menteri seko ni. Sat dia menari joget, lepas tu tukar rentak zapin. Akhirnya entah kemana hal tuju sebenar beliau. Satu ketika dahulu, Si Nazri ni memang anti, angin betul dengan Tun Mahathir, terlalu benci. Bermacam-macam gelaran yang beliau beri kepada Tun. Meroyanlah, nyanyuklah dan banyak lagi. IBM bukan nak jadi 'batu api', tapi kebenarannya ada. DS Nazri pernah bersuara mengkritik Tun dengan lantang sekali apabila mendapati Tun cuba mencampuri hal-hal urusan negara, sedangkan Tun bukan lagi Perdana Menteri Malaysia. Tapi...itu dulu, kini Nazri seperti di pakau, dibeli. Tetiba sahaja nada berubah. Nazri menyebelahi Tun Mahathir walaupun Tun mencemuh dan mempertikaikan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan DS Najib, malah ingin menumbangkan DS Najib. Tun dilihat bersama-sama kumpulan BERSIH 4 dan menghasut rakyat supaya bangkit melawan DS Najib. 
Kini, Tun tidak lagi di kritik oleh Nazri, malah Nazri seolah-olah membela Tun dengan memberi tahu dan menasihat supaya pihak Polis tidak memanggil Tun untuk disiasat berhubung ucapan yang dilakukan oleh Tun ketika perhimpunan Bersih 4 minggu lalu. Buang masa, kata Nazri, dan itu perkara biasa. Penahan atau siasatan Tun tidak perlu memandangkan beliau (Tun) merupakan seorang 'warga emas' dan tidak menimbulkan kekecohan sewaktu Bersih 4. Tun menurut Nazri lagi hanya hendak berjalan-jalan. Tun sudah tua. Tapi, Nazri tahu Tun mengeluarkan kata-kata dan ayat yang boleh dianggap menghasut. Maka, bagi pandangan IBM dan juga para penganalisa politik diluar sana, itu sudah di kategorikan sebagai menghasut dan menfitnah. 
Apapun alasan yang diberi oleh DS Nazri  memang sukar untuk diterima. Mengimbau sejarah, Tun pun pernah mentempelak Nazri gara-gara mulut celupar beliau. Kaw-kaw Tun 'belasah' Nazri ketika itu. Nak tahu sebab dan pucanya? Korang carilah sendiri jawapanya. Apapun, mengikut sumber dari pihak Polis, Tun akan dipanggil dan akan disiasat berhubung ucapan yang dilakukanya ketika perhimpunan Bersih 4 minggu lalu apabila laporan Polis dibuat oleh seorang Ketua Umno Bahagian. Polis akan menyiasat bekas Persana Menteri paling lama berkhidmat itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Bagimanapun sumber yang IBM dapat pihak Polis tidak mendedahkan tarikh untuk memanggil Tun Mahathir. 
Bersedialah wahai Tun Mahthir Mamak yang sudah banyak menyusahkan rakyat. Kepada Nazri, jangan jadi manusia pelupa, mudah lupa apa yang Tun telah buat kepada kamu semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Segala keluhan, kebebasan bersuara Tun abaikan. Suara mu (Nazri) ketika itu tidak laku. Jesteru, kenapa kini ada perasaan sayang dan simpati terhadap Tun oleh Nazri? Kepada DS Nazri, jangan 'cakap tak serupa bikin'. Kita semua ingat dalam ucapan Tun di mana-manapun, beliau (Tun) selalu berkata, 'melayu mudah lupa'. Tapi...realitinya siapa yang mudah lupa? Jawapanya ada ditangan anda semua. Fikir-fikirkan. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"KATA TUN, MELAYU MUDAH LUPA. HAKIKATNYA TUN LAH YANG SUDAH LUPA"

11 comments:

  1. cepat betul tindakan pdrm ni ye....sekadar nak bertanya...apa dah jadi dgn laporan2 polis pasal 2.6b yg masuk dlm akaun peribadi jibby? atau nak tunggu laporan audit siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yang report polis sedara? sekadar bising di alam siber dan depan mikrofon tak boleh la diistilahkan laporan polis....

      Delete
    2. ibm ~ usin,

      Salam. Memang itulah kerja juak2 pembangkang ni. Kerja depa melalak-melolong di alam siber. PM Najib tetap teguh, k'jaan tak tumbang pun....kesian penjilat2 pembangklang ni...bodoh!

      Delete
  2. ibm ~ zgmail,

    Senang lah itu. Buat report sekali lagi atau berdemolah dgn BERSHIT 5 pulak. ajak si mamat putty tu sama kerana dia tak puas hati sampai kiamat. Lagi pun usia dia tidak mengizinkan...dah 90 lebih......faham2 le ye....

    ReplyDelete
  3. saudara ismail mungkin ada jawapan tentang 2.6b tu...blh tolong bg pencerahan bagi pihak jibby kot..kenapa tuan punya badan gagal menjawab? kenapa pencacai bagi jawapan berbelit2..kejap derma saudagar padang pasir pasal kita amalkan sunnah waljamaah..sekejap kata kita perangi is..sekejap kata derma untuk umno dan kenapa sekarang duit tu dipindahkan ke singapura kalau derma utk umno?

    ReplyDelete
  4. Diam lah IBM, sudah2 lah, aku suka kolum kao, sebab kao saperti batu api membebel dan cari kesalahan, ia saperti lauk harian kao!...cuba kao cakap yang baik pada semua orang yang kao tak suka, dapat kurang kan dosa mengata dan mengayat lan orang. Kurang lah sikit bara api dalam mulut kao masa kiamat nanti.

    ReplyDelete
  5. ibm ~ zgmail,

    apa perlu saya jawab. Kalau korang suka melalak, berdemo di jalanan, saya fikir korang dh dpt jawapannya. W'ema duit siapa pun, tiada kena-mengana dgn duit korang. Knp le korang bengap sangat ni. Tak suka, tinggalkan sahaja negara ini...pi berhijrah ke S'pore, Indon, Thailand & byk lagi negara yg boleh terima muka2 penyangak mcm korang ni. Negara tak rugi 1 sen pun. Malah negara aman tanpa korang...memang betul benggap le korang BERSHIT!!

    ReplyDelete
  6. ibm ~ Katakana puru,

    Cow ni betul2 mcm katak puru. Suruh org diam. Ini blog aku, aku admin. Tak suka jgn singgah disini. Yg cow sakit hati knp?...suruh Tun mamak cow tu diam. Zip mulut dia tu. Mamak seko tu yg menabur fitnah. Dan itulah 'lauk'dia yg sebenar. melalak mcm org gila. Cow pun terikut2 sama...kesian cow ni...huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih kih kih suka benor saya dgn ayat tuan admin yang sungguh budiman."ini blog aku,aku admin.Tak suka jgn singgah sini".Berbalik pada nazri tu ya tuan admain,er saya rasa dia bukan sayang dgn TUN M cuma saya rasa mungkin dia dah sedar dan balik ke pangkal jalan.
      Salam sehati untuk tuan admin dan jgn marah-marah nanti kena sakit jiwa.

      Delete
  7. ibm ~ adib hakeemi,

    IBM baru berjumpa dgn PA Nazri ptg tadi. Kami minum teh bersama. Katanya, kenyataan boss dia hanyalah sebagai satu sindiran kpd Tun Mamak tu. Dah tua masih x sefdar diri. Nazri memang bencikan Tun dari zaman beliau menjadi Naib Ketua Pemuda M'sia hingga skrg ini...Tun harus 'bertaubat'...Tun harus 'zip' mulut dia ASAP!!!..huhuhuhu...

    ReplyDelete
  8. Salam tuan admin yang sungguh budiman,

    Eh!takkan duduk minum teh aje...takde binchang-binchang pasal lain ke selain kisah si nazri tu,takde binchang pasal business ke pasal projek ke?Hehehe...harap tuan admin yang sungguh budiman tak marah dgn soalan saya ni...bukan apa sekadar nak kongsi bersama je jika ada cerita lain-lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...