Tuesday, September 18, 2012

Gadis Kilang Campak Bayi Direman. Ini Memang Kerja Gila!!

APA nak jadi dunia sekarang ni. Syoknya sekejap, tapi, bahananya? Yang lebih malang lagi bayi yang tak berdosa. Kalau iapun dah terlanjur, letak je bayi tu kat depan rumah orang, surau-surau atau pun Masjid. Biar orang nampak dan ambik lepas tu tahu le apa orang nak buat. Ini tidak, dik kerana takut malu dan diketahui orang, sanggup mencampak bayi yang tak berdosa tu tingkat atas. Tahu pulak malu ye.  Masya-allah, kejamnya manusia ni.

Saban hari kita baca berita di akhbar-akhbar tentang kes buang bayi ni. Masyarakat dan pihak yang berwajib dah tak tahu apa nak buat. Makin di siarkan, makin menjadi-jadi pulak kes membuang bayi sehingga ada yang membawa maut, seperti kes terbaru ini. Ya Allah, kesiannya  si comel tu. Apakah hukuman yang akan dikenakan pada wanita ini sekiranya dia didapati bersalah? Maksud IBM hukuman dunia. Penjara, hantar ke pusat pemulihan atau hukuman mati saja? Akhirat nanti lebih dahsyat hukumanya. Kemana nak lari?

Kalau tak silap, IBM ada terbaca disebuah akhbar yang mendesak supaya 'mati' dikenakan keatas pesalah yang membuang bayi.  Apa pandangan anda semua?. apabila IBM baca keratan akhbar yang IBM petik dari Kosmo, memang patut dijatuhkan hukuman sedemikian rupa. Walaupun ianya agak kejam, tapi...perbuatan membuang bayi itu sendiri lagi kejam, lebih kejam dari binatang. Binatang pun sayangkan anaknya. Korang baca dan fikirkan sendiri. ~ IBM

PETIKAN DARI KOSMO! ONLINE :


ADA YANG CADANGKAN SEPERTI  DIBAWAH INI :

Anda semua setuju, atau ada cadangan lain?


*HUKUMAN MATI BUANG BAYI. BUANG BAYI SEMAKIN MENJADI-JADI. APA DAH JADI NI? KATAKAN TAK NAK PADA ZINA.....JOM JAUHI ZINA*

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...