Tuesday, September 11, 2012

Satu Lagi Janji Baru PKR : Mansuh AP Kereta Jika Memerintah. Puhhhh!!Bagus Punya Janji....

BARU-BARU ini pengarah strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli ada membuat janji dan mengadakan sidang akhbar bagi tujuan berkempen untuk menurunkan harga kereta Nasional, iaitu Proton. Kini, dia berjanji lagi akan memansuhkan AP (permit import) kereta pada 2015 sekiranya mereka menang pilihan raya umum ke-13 nanti. Tak habis-habis dengan janji-janji kosong. Tapi....kenapa nak tunggu sampai 2015 pulak baru nak mansuh? Hairan pulak dibuatnya. PRU ke-13 munkin diadakan pada tahun ini juga..dan kenapa pulak si Rafizi tu nak tunggu sampai tahun 2015.?..Atau mereka tak konfiden menang, maka di lanjutkan pada 2015, agaknya le.

Dalam kenyataan semalam, pengarah stretagi PKR tu berkata, dengan memansuhkan AP kereta akan mendapat keuntungan sekitar RM9 billion dalam tempoh tiga tahun terakhir sebelum AP dimansuhkan terus. Betul ke Rafizi? Bijak sungguh si Rafizi ni mengira, maklumlah dia memang pandai matamatik..hehehe. Bagi setiap AP ketika ini, negara dan rakyat rugi sehingga RM50 ribu kerana jumlah itu masuk poket pihak berkepentingan yang mengaut untung besar. Begitulah lebih kurang kata si Rafizi tu.

Hakikat sebenarnya, Rafizi ni hanya pandai membuat andaian dan mengira mengikut selere dia dan syok sendiri. Sebenarnya Rafizi langsung tak ada kepakaran di dalam industri Automobile. Dia hanya ingin membalas dan membuat provokasi terhadap kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukriz Mahathir yang mengkritik pembangkang kerana mereka hanya pandai membuat cadangan, tetapi tidak memikirkan bagaimana harga kereta ingin diturunkan kerana peningkatan AP akan menyebabkan harga kereta akan terus meningkat.

4 Jahanam dari PKR sedang menunjukkan stiker 'turun harga kereta' untuk kempen mereka. Podah!!

Dan...mengikut kata Mukriz jika tidak dirancang dengan teliti bagaimana hendak menjayakannya akan cadang tersebut dan dari mana hendak dapatkan punca pendapatan untuk menampung semua itu, silap hari bulan negara boleh muflis. Sebenarnya, puak-puak PKR ni lah yang muflis. Muflis idea. Cadangan yang mereka buat itu langsung tidak boleh diterima dan elok di buang ke longkang idea-idea mereka itu.

Apapun, dalam perkembangan berkaitan, pengarah komunakasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pula membuat cadangan untuk mengadakan forum 'Turun Harga Kereta' pada 13 September ini bertempat di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) bermula pada pukul 8 malam. Insyallah, IBM akan pergi dan intai-intai apa yang berlaku nanti. Menurut kata Nik Nazmi lagi, satu siri jelajah yang akan turut diadakan di Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching yang akan diadakan pada bulan September dan Oktober ini.

Buat le PKR ooi. Kita sama-sama tengok nanti, ada tak sambutan dari orang ramai, atau hanya segelintir saja dari kaum kerabat korang yang akan ikut dan hadir. IBM bukan dengki, tapi...itu adalah perbuatan yang sia-sia dan janji kosong dari korang semua, Pakatan Haram Jadah. Dan....stretagi kamu tu tak menjadi wahai Rafizi ooi.  Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Katakan PR menang, dan harga kereta baru berjaya diturunkan. Siapa yang untung sebenarnya? Tentulah pembeli baru kan? bagaimana pemilik kereta sedia ada? tentu nilai kereta lamanya turun mendadak, takkanlah kereta lama lebih mahal dari kereta baru? kecualilah kereta antik.

    ReplyDelete
  2. Salam Kekuda,

    Itu baru andaian je. Entah betui ke tidak diaorang turunkan harga kereta. Mungkin lebih mahal kot. Al-maklumlah depa2 tu (pakatan haram) selalu buat janji, tapi tidak ditunaikan....apapun kita tunggu dan lihat apa lagi janji yg depa nak buat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...