PANAS...memang panas!!. Tibai menibai ni memang dah jadi kerja dan darah daging Karpal Singh. Sepanjang kerier politiknya, dia tak habis-habis nak tibai orang. Kini, dia dicabar oleh pertubuhan bukan kerajaan NGO iaitu TIBAI untuk menibai dan menyaman bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Karpal Singh dicabar memfailkan segera saman ke atas Ustaz Nasharudin Mat Isa selepas membuat kenyataan bahawa dia tetap dengan pendirian tidak akan memohon maaf kepadanya.
Menurut beliau, Nasharudin sekali lagi tetap berpegang teguh dengan pendirian beliau yang sedia bertemu dengan Karpal di mahkamah. Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Pengerusi DAP itu harus mengambil tindakan undang-undang itu dengan segera jika beliau masih mempunyai prinsip, maruah dan integriti. Katanya dengan serius.
Tapi.....adakah Karpal Singh yang angkuh lagi sombong tu berani nak saman Ustaz Nasharuddin? Jangan main-main Karpal. Dulu boleh le. Ko selalu tibai orang dan kini giliran orang pulak tibai ko. Padan muka ko. Dalam pada itu, IBM dengar cerita yang Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz amat-amat kecewa kerana Pas tidak mengambil tindakan ke atas Ustaz Nasharuddin semasa Majlis Syura Pas bermesyuarat. Langsung tak ada tercatat agenda atau perbincangan untuk mengambil tindakan displin atau memecat Ustaz Nasha di dalam mesyuarat itu. Kecewa betui Tok Guru.
Apapun kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya. Adakah Pas masih dapat menerima Ustaz Nasha dan adakah dia akan dicalonkan oleh Pas untuk bertanding di PRU ke-13 nanti. Tungguuuuu!!. Sekian dari saya ~ IBM
~ PAS is DEAD ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA