Monday, September 3, 2012

Tarian 'Ghairah' Dan Pesta Dadah Diambang Merdeka!!

Wow!! seksinya. Lebih kurang begini kot tarian ghairah yang mencemar perayaan ambang Merdeka di Pulau Tioman, Jumaat lepas ( Gambar Hiasan)

APA nak jadi dengan remaja-remaja kita sekarang ini. Mangkin lama mangkin teruk perangai depa-depa ni. Tengah keseronokan seluruh rakyat Malaysia untuk menyambut hari kemerdekaan ke-55 tahun, lain pulak yang depa buat. Cara menyambut dan meraikan ambang Merdeka di sajikan dengan perkara yang tak senonoh, maksiat dan menjolok mata juga dihidang dengan pengambilan dadah.  Masya-allah.

Sekumpulan 28 individu dari ibu negara menyambut perayaan ambang Merdeka dengan cara keji apabila masing-masing melakukan tarian ghairah sambil berpesta dadah dalam satu parti liar di tepi pantai Teluk Juara di Pulau Tioman, Jumaat lalu.

PEMANDANGAN Teluk Juara, Pulau Tioman yang menjadi tempat sekumpulan 28 individu mengadakan pesta liar sambil khayal dadah 31 Ogos lalu.

Menurut jurucakap dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang,  berkata, pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati, empat lelaki memiliki pil khayal serta serbuk dipercayai dadah. Sebaik mendapat maklumat awam, sepasukan polis dikerah ke pulau berkenaan untuk memantau. Selepas memastikan mereka berkelakuan seperti yang didakwa, mereka telah membuat serbuan dalam keadaan peserta parti itu tidak menyedarinya kerana khayal dadah.
Maka, elok bebeno le mereka-mereka tu di sumbat ke dalam penjara, biar mereka rasakan kehidupan dalam penjara. Memang memalukan. Sial punya manusia. Kalau IBM jumpa depa-depa  ni semua, bagi penendang seko-seko. Geram, memang geram ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...