MEMANG dah melampau. Tindakan manusia biadap yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansur, adalah satu tindakan yang biadap dan perlu diambil tindakan. Jangan diberi muka samseng-samseng dan penyangak -penyangak ini. KDN dan pihak polis harus bertindak segera.
Jesteru, polis sedang giat menjalankan siasatan sementara pihak Peguam Negara pula akan mendakwa pelaku tindakan biadap melakukan provokasi mahu menukar Jalur Gemilang serta memijak gambar Perdana Menteri pada satu perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau mahu dalang dan pihak terdesak politik ini dihadapkan ke muka pengadilan kerana kepentingan rakyat yang majoritinya mahu melihat mereka diadili mengikut peraturan dan undang-undang yang ada.
"Rakyat kebanyakannya kini sudah jemu dan meluat dengan tindakan 'desperado' politik ini yang sudah merasa mereka akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lantas bertindak dan mencipta isu membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan kini," katanya. Katanya pihak pembangkang sering menuding jari menjadikan Umno sebagai kambing hitam segala aktiviti liar tetapi pembangkang akan menyaksikan kebenaran setelah siasatan selesai dijalankan."
Kita tidak akan bertolak ansur dengan kerja-kerja negatif yang cuba menyemarakkan semangat bencikan pemimpin kerajaan yang selamanya dijadikan bahan cercaan," katanya.Pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam, sekumpulan individu tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah agar memilih bendera mirip kepunyaan republik Singapura dan Indonesia dengan warna merah dan putih namun mengekalkan lambang bulan dan bintang yang bewarna kuning seperti Jalur Gemilang. Risalah berkenaan dipercayai diedarkan peserta 'Janji Demokrasi' anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara.
Pada bahagian bawah risalah itu turut dicetak logo kemerdekaan yang digunapakai pembangkang dengan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' . Selain cubaan menghasut rakyat dengan risalah tersebut, perbuatan seorang lelaki menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut diselar oleh semua pemimpin utama negara baik di pihak kerajaan, pembangkang mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO). Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin memohon individu –individu yang terbabit untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.
Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan di bawah seksyen berikut iaitu tindakan mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) akta Hasutan 1948 di mana perbuatan itu boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk malaysia. Manakala tindakan memijak gambar pemimpin negara disiasat dibawah Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan dimana tindakan menunjukkan punggung di khalayak ramai disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam. Mengulas lanjut, Mohd Bakri menjelaskan pihak polis memandang serius perbuatan - perbuatan tersebut yang mengugat kestabilan negara.
"kegagalan berbuat demikian, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengesan individu – individu terbabit mengikut lunas undang-undang," tegasnya. Pada masa sama, beliau menjelaskan satu laporan polis telah dibuat pada 29 Ogos yang lalu bersabit dengan kegagalan penganjur perhimpunan Janji Bersih untuk mengemukakan pemberitahuan notis kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh yang ditetapkan, ia itu sekurang – kurangnya sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan. Selain itu, katanya, pihak polis juga sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian menyimbah cat dan memecah cermin hadapan bas jelajah merdeka rakyat milik sebuah parti pembangkang di Kota Bharu pada 1 September lalu.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Setakat ini, rakaman percakapan telah diambil daripada seramai lima (5) orang saksi terdiri dari pemandu, kelindan dan tiga (3) saksi lain." Tiada sebarang kecederaan berlaku, pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan individu terbabit, sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat," ujarnya. Seperti yang IBM katakan di dalam enteri IBM baru-baru ini, tindakan tegas mesti diambil kepada mereka-mereka ini yang telalu kurang ajar dan tidak menghormati pemimpin negara dan menghormati undang-undang negara yang sedia ada.
IBM percaya, mereka-mereka ini telah dipengaruhi dan dibayar oleh pihak pembangkang yang sentiasa mencetuskan provokasi dan menghura-harakan negara. Persoalanya tuan/puan para pembaca sekelian, adakah parti seperti pembangkang ini boleh menerajui negara ini? Jawapannya ada pada anda semua. Selamat beramal. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA