Saturday, September 15, 2012

Filem Hina 'NABI' : Rakyat Terus Bantah!!


MEMANG dunia barat sengaja nak cari pasal dengan negara-negara Islam. Tak habis-habis mereka mencaci kesucian agama Islam hinggakan mereka sanggup membuat filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. Jesteru, ianya menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari semua umat Islam di serata dunia. Negara kita Malaysia juga tidak kecuali.

Semalam, petang Jumaat, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya (gambar kecil) mengetuai beratus-beratus orang yang menganggotai pertubuhan bukan kerajaan itu (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

Mewakili suara umat Islam di seluruh negara menyatakan bantahan terhadap filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi tunjuk perasaan secara aman selepas solat Jumaat semalam. Aminuddin bersama 15 lagi NGO lain membawa sepanduk yang mengecam tindakan penerbit kerana menghasilkan sebuah filem yang terang-terang menghina Islam.

Bagaimanpun, perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar tanpa apa-apa perkara yang tidak diingini. Mereka tidaklah berlagak ganas seperti himpunan aman yang di anjur oleh BERSIH. Kononnya bersih, tapi...tak sebersih mana pun. Mereka ingkar pada janji. Apapun,  anggota-anggota polis turut berkawal di hadapan kedutaan tersebut bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku. Persoalaannya sekarang, sampai bila kita umat Islam harus diperlakukan sebegini, dihina dan terus dihina. Bila lagi umat Islam nak bersatu? Fikir-fikirkanlah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
~ PAS bukan ISLAM ~

~ UMNO perjuangkan ISLAM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...