NAMANYA begitu gah dan sungguh mempersonakan. 'Suara Rakyat Malaysia' atau (Suaram). Memang ramai yang berkata dan beranggapan Suaram ni adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan bagi membela nasib rakyat negara ini. Tapi...sepanjang penubuhan mereka, nampak tak apa yang mereka buat dan apakah sumbangan yang mereka berikan pada rakyat? Bagi pandangan IBM, itu semua hanyalah lakonan dan sandiwara mereka belaka. Tujuan sebenar penubuhan mereka adalah mirip kepada politik kotor yang mana IBM percaya seratus peratus, pembangkang atau pakatan haram dibelakang mereka, dan ianya juga membabitkan orang luar.
IBM juga tidak terperanjat apabila membaca disebuah akhbar bahawa Suaram ditaja oleh pertubuhan bukan kerajan (NGO) dari Amerika Syarikat yang dimiliki oleh 'penyangak mata wang' terkenal George Soros. Si barua ini memang sentiasa ingin mencari jalan untuk menghancurkan ekonomi negara kita. Dia mempunyai misi atau 'perjuangan yang belum selesai di Malaysia'. Soros akan terus mencari jalan, dan akhirnya Suaramlah tempat dia berpaut dan akan meneruskan tujuan dan niat jahatnya terhadap Malaysia. Ianya juga seperti sebuah misi yang harus dia selesaikan. Untuk siapa?....pandai-pandailah anda cari jawapannya.
Bagi Soros, setelah dia gagal dengan dengan misinya untuk menawan 'ekonomi' Malaysia ketika krisis ekonomi melanda di Asia Tenggara pada tahun 1997 dan 1998, dia tidak putus asa. Dia sentiasa mencari jalan bagaimana hendak menawan Malaysia dengan menggunakan pengaruh atau anasir-anasir jahat dari dalam yang juga ingin melihat negara ini runtuh semata-mata kerana kefahaman politik yang berbeza dan ada yang terlalu ghairah untuk menawan Putrajaya dan sekali gus menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, pengelibatan Suaram dengan George Soros yang menjadi penyumbang terbesar DANA kepada Suaram harus di pantau, disiasat dan sekiranya benar-benar terjadi, tindakan yang tegas harus di ambil dan kementerian yang berkenaan jangan ingat perkara ini perkara yang ringan, kerana ianya membabitkan kestabilan dan ekonomi negara dan boleh merutuhkan sesebuah kerajaan.
Persolaanya sekarang, untuk apa Suaram memerlukan begitu banyak dana, untuk tujuan Apa? Jawapan dari IBM senang saja. Dana tersebut adalah untuk menampung keperluan pakatan haram bagi tujuan kempen pilihan raya yang tak lama lagi akan diadakan. Itulah tujuan sebenarnya. Dan...George Soros memang ingin melihat kepimpinan negara pada PRU k-13 ini bertukar tangan yang mana akan jatuh ke tangan pembangang/pakatan haram. Maka, senang le dia menjalan jarumnya. Kalau ini, kerajaan tidak sedar, tak tahulah apa nak dikatakan. Bangkit sebelum terlambat. Bagi IBM, suaram adalah 'suara anak haram' bukannya suara rakyat Malaysia.
Oleh itu, kepada kerajaan, bertindaklah segera kerana terlalu ramai NGO-NGO di negara ini yang ingin menjahanamkan kerajaan yang ada sekarang ini. Mereka terlalu taksub dengan janji-janji yang diberi oleh pembangkang. Jangan setelah 'nasi dah jadi bubur' baru nak bertindak. Sorrylah.....dah terlambat. Sekian. Pandangan ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA