NAJIB (tengah) bersalam dengan sebahagian daripada perwakilan UMNO Bahagian Pekan semalam.
IBM rasa setiap kali Perdana Menteri kita berucap, dimana-mana sekali pun, beliau selalu mengingat dan menyentuh kepada survival bangsa Melayu. Semalam, di Pekan Pahang, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap pada Majlis penutup persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan sekali beliau mengingatkan kepada ahli UMNO bahawa pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, bukanlah sebarang pilihan raya, tetapi penentu kepada SURVIVAL bangsa Melayu. Katanya orang Melayu perlu sedar bahawa hanya UMNO yang menjadi parti teras dalam Barisan Nasional (BN) lah yang akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama. PAS, PKR?...Hampehhh.
Apabila IBM kaji balik akan ucapan DS Najib, naik juga bulu roma ni. Memang le, Berbicara tentang survival bangsa Melayu. Cuba kita bayangkan sekiranya UMNO kalah nanti, apa akan jadi degan nasib bangsa Melayu? adakah PAS dan PKR akan melihat ini sebagai salah satu tanggungjawap mereka terhadap bangsa Melayu terutama Melayu UMNO? IBM rasa tidak. Memang jawapannya tidak. Oleh yang demikian, apabila Perdana Menteri menyeru orang Melayu dan ahli UMNO bersatu hati, maka seruan tersebut haruslah di sambut dan dipandang serius apatah lagi di saat pilihan raya umum yang akan diadakan tak lama lagi.
Katanya lagi, ia bukan sekadar soal menang atau kalah, tetapi survival orang Melayu, tanah air kita dan kalau ingin itu semua, kekalkan teras pemerintahan, pastikan UMNO menang. IBM yakin, sekiranya kerajaan sedia ada digantikan pasti sesuatu yang buruk akan menimpa nasib bangsa Melayu, maka buruklah padahnya. Kita sedia maklum, Barisan Nasional (BN), terasnya UMNO. Pembangkang siapa terasnya? PAS, DAP atau PKR? Chisss...'jauh pangang dari api'. PKR parti yang lemah, katanya. Maka, sekiranya mereka bergabung, DAP dapat banyak kerusi, adakah orang Melayu dapat bergantung harap kepada DAP?
Jawapannya, sudah tentu tidak kerana selama ini tidak ada rasa senang hati terhadap kedudukan orang Melayu dan orang Islam. Hati perut mereka tak sama dengan BN, dendam tak sudah, dengki dan banyak lagi, katanya. Maka, survival bangsa Melayu pada PRU ke-13 ini harus dipandang serius oleh kita semua. Jangan ambil mudah perkara ini, kerana apabila 'nasi dah jadi bubur', maka semuanya dah terlambat. Korang fikirlah baik-baik. Kita teruskan perjuangan dan pastikan kerajaan yang ada sekarang terus kekal buat selama-lamanya. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
~ BARISAN NASIONAL UNTUK SEMUA ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
kahkahkah..lawa gambar..ramaiiii gileeeeer orang
ReplyDeleteMesti le ramai. DS Najib pemimpin berjiwa rakyat. Hidup UMNO/BN!!
ReplyDelete