Tuesday, October 13, 2015

SALAH LAKU DIZAMAN PEMERINTAH TUN MAMAK MAHATHIR YANG PATUT KITA SEMUA TAHU....

SELASA, 13 OKTOBER 2015

SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA 

Satu Pendedahan Yang Korang Semua Wajib Baca....

Sejak kebelakangan ini mantan PM-ke-4, Dr. Mahathir Mohammad mula menunjukkan yang dia seorang negarawan 'tulen' yang kononnya cukup prihatin dan mementingkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara sepanjang tempuh '22' tahun dia menjadi Perdana Menteri. Memandangkan usianya yang semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk memperetahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada di dunia ini.

Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika berkuasa dulu. Langkah pertama ialah dengan menyalahkan pasukan Polis dalam 'Operasi Lalang' 1987' dan melahirkan kesalahan terhadap pasukan Polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan 'Akta Keselamatan Dalam Negeri' (ISA). Adalah dijangkakan banyak lagi isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekat ini (kalau masih hidup) bagi membersihkan dirinya seperti kaitan dalam kes 'pembunuhan berama-ramai di Mamali', pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes 'kontrovesi' yang masih tersimpan kemas dalam peti besi berkunci.

Semuanya ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti gara-gara dari perbuat beliau sendiri. Dengan erti kata lain, beliau 'mengali kuburnya sendiri'. Dibawah ini kita perturunkan perkara-perkara yang mana boleh dikaitkan debagai satu perbuatan jenayah penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan beliau serta anggota kabinet beliau sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri : 

A) Di jelaskan kes-kes yang telah dilakukan oleh Mahathir :


* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara atas alasan kononnya kekurang bukti.

*  Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan menjadi pengamal rasuah yang tersohor.

*  Sekatan terhadap siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

B)  Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni BN dalm kes :


*  Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (apabila perbicaaan dilakukan secara olok-olok di mana akhirnya Eric Chia dibebaskan selepas meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik atas tuduhan terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ (yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan);


*  Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF di Hong Kong; 

*  Siasatan kes pelaburan Tabung Haji yang bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman;

*  Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC, S Samy Vellu;

*  Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320;


*  Penyiasatan kes membaik-pulih rumah Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dengan kos RM5 juta dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu saja kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Dia hanya didakwa kerana memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit. Itupun dijangka beliau akan dibebaskan juga apabila ia dikira sebagai lakonan Najib yang mahukan rakyat tahu bahawa beliau anti kepada pemimpin yang rasuah!

Pada persepsi rakyat: Mahkamah di Malaysia ini merupakan institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh korup, kemudian dibebaskan oleh mahkamah atas alasan yang tidak masuk dek akal dan sudah dijangka di mana mahkamah Malaysia ini bukan institusi penegak kebenaran dan keadilan.


c)  Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN  :

*  Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi 'wang ehsan' untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004

*   Mengagihkan projek lebuh raya Utara-Selatan kepada syarikat milik Umno, iaitu UEM bagi tujuan membuayai pembinaan ibu pejabat UMNO-PWTC yang bernilai RM273juta.

*   Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru0guru (KWSG) menyelamat (bail-out 50.6% saham MAS milik Naluri Sdn Bhd pada harga RM8 sesaham ketika harga semasa cuma RM3.60 sesaham.

*   Pengambilalihan semua MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

*  Pengambilalihan Syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Danaharta


*  Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi - YTL Corporation.




*  Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah Bank milik kerajaan sebelum diambil-alih oleh Bank milik Umno, Bank of commerce lalu membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB),


*  Pembelian saham Technology Resource Industeries (TR) oleh Danaharta.

*  Pengambilalihan Celcom, sebuah anak syarikat TRI oleh Telekom; 

*  Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS Berhad;

*  Memaksa Petronas membeli saham Proton;

*  Memaksa Petronas mengambil-alih Litar Sepang; 

*  Memaksa Danaharta menanggung segala hutang lapuk RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain; 

*  Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian besar;

*  Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir; 

*  Kes anak Ling Liong Sik yang memiliki harta RM1b ketika berusia baru 28 tahun; 

*  Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan 

*  Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam segala jenis perniagaan. 



d)  Menyalahgunakuasa akta draconian seperti ISA. OSA. Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi memelihara kepentingan politik UMNO.

*  Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), pengharaman al- Arqam (1994), Reformasi (1998), menfitnah kumpulan al-Maunah (2000) dan ,mencipta kisah KMM (2001).

*  Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002); 

*  Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999); 


e)  Menyekat kebebasan badan penguatkuasa; dengan cara

*  Campur tangan terhadap tugas-tugas polis; 

*  Mengganggu penyiasatan BPR; 

*  Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan 

*  Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya. 

f) Mengagihkan tender secara rundingan terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti : 
*  Keruntuhan makmal computer; 

*  Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama; 

*  Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat; 

*  Keretakan PULAREK; dan 

*  Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi. 


g)  Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman 

*  Kes Anwar Ibrahim (dengan mencipta kes liwat 1); 

*  Kes fiasco Tun Salleh Abbas; 

*  Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eudoff Chin bersama VK Lingam di New Zealand

*  Kes tape V. K Lingam, suruhanjaya Diraja yang tgerlibat menyiasat kes ini telah mencadangkan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kemudiannya berkata tiada kes, maka ia pun ditutup.

*  Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu di DUN Likas



*  Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas hakim Mahkamah tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

*  Penghapusan bukti dalam kes seks D. P. Vijandran.

*  Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Perseketuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafisah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara dan...

*  Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustine (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai hakim Mahkamah Agung.

g)  Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam 

*  Penyelewengan RM40 juta wang PPRT; 

*  Kerugian pelaburan oleh Tabung Haji; 

*  Kerugian RM15b di Bank Negara; 

*  Kerugian RM40 juta AIM; 

*  Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan 

Kemerosotan hasil keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada tahun 2000. 


h)  Menghina dan menyekat Islam 

*  Merancang untuk membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam; 

*  Mengucapkan kata-kata penghinaan ke atas sunnah Nabi; 

*  Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan; 

*  Membiarkan sekain ramai penulis menghina hukum allah, Islam, nabi dan para ulama; 

*  Menyekat dan memperkecilkan Sekolah Agama Rakyat dengan menarik bantuan perkapita, dan 


*  Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik yang terlibat dalam acara anjuran anaknya, Marina.

j)  Menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera 

*  Menutup dua MRSM di Terengganu ketika pemerintahan PAS; 

*  Menutup sekolah-sekolah agama rakyat; dan 

*  Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek matematik dan sains di sekolah. 



Adalah jelas Dr Mahathir Mohammad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri apabila dengan sengaja menyalahkan gunakan dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN. Malah beliau telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

Dan....Sekadar untuk renungan bersama... dana awam yang telah di jahanamkan oleh Dr Mahathir.

-  PKFZ - RM12bilion. 

-  Kapal selam Scorpene RM500 juta.

-  Simedarby RM964 juta.

-  Paya Indah Westland RM88 juta.

-  Posmalaysia (melalui Transmile) kerugian RM230 juta.

-  Eurocopter RM1 bilion terbuang dalam perundingan.

-  Stadium Terengganu runtuh jahanam RM292 juta.

-  Kos baiki MRR2 yang retak RM70 juta.

-  Maybank terlebih bayar kepada BII (Indonesia) RM4bilion.

-  Tourism -NYY kickback RM10 juta.

-  Pembelian 3 karya lukisan oleh Pengerusi MAS, RM1.5 juta.

-  Kementerian Sukan terlebih bayar RM8.4 juta.

-  Kompleks Sukan London yang jadi gajah putih RM70 juta.

-  Kos baiki bangunan MATRADE di Jalan Duta RM120 juta.

-  Pmbelian kapal terbang baru utk kegunaan Perdana Menteri RM200 juta.

-  Hutang InventQ yang tidak dapat dituntut RM228 juta.

-  Bayaran saguhati kerana batal pembinaan Jambatan Bengkok di Tambak Johor RM257 juta.

-  Kerugian dalam penjualan hak motosikal Augusta RM510 juta (yang dijual pada harga 1 euro!

- Kerugian angkara pemberian permit AP dalam setahun RM1.8 bilion.

-  Kapal selam Scorpene yang bakal menjadi bahan muzium RM4.1 bilion.

-  PSC Naval dockyard RM6.75 bilion. 

- Dua skandal Bank Bumiputra pada awal 1980 RM3.2 billion dan pada 2008. 

-  Cubaan Maminco mengepung pasaran bijih timah dunia pada tahun 1980 telah menyebabkan kerugian US$500 million (RM1.6 billion).

-  Pertaruhan Pasaran Hadapan tukaran asing menyebabkan Bank Negara kerugian RM30 billion pada tahun 1990 (Nor Yakob punya peranan).

- Perwaja Steel yang kerugian US$800 million (RM2.56 billion), sedangkan angka sebenarnya menjangkau RM10 billion.

-  Pengunaan RM10 billion dana awam dalam valuecap Sdn. Bhd untuk menaikkan harga saham di pasaran saham.

-  Kerugian RM700 juta oleh Bank Islam. 

- Penjualan M.V. augusta oleh Proton 1 Euro menyebabkan kerugian euro75.99 million (RM348 juta). 

-  Wang Ehsan yang dirembat daripada royalti minyak Terengganu, RM7.4 billion daripada 2004 - 2007.

-  Selama 10 tahun Philharmonic Orchestra ditubuhkan telah menelan RM500 juta, dimana was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 juta. Kwai-lo CEOnya saja menerima gaji RM1 juta/tahun. 

-  Bagi bayaran khidmat nasihat kepada Dr Mahathir, dibayar RM180,000, dimana Shahrizat Abdul Jalil (Hal-ehwal Pembangunan Wanita RM404,726 elauns dan Abdul Hamid Othman (penasihat agama) RM549,675 setahun.

-  Kerajaan turut membelanjakan sekitar RM3.2 billion bagi pengajaran subjek mathematik dan sains dalam bahasa inggeris dalam tempoh 5 tahun lalu. RM2.21 billion saja telah digunakan bagi pembelian peralatan teknologi komputer serta maklumatnya dan tidak digunakan apabila rosak

-  Malah kerajaan membayar RM6,000 bagi sebuah komputer riba yang harga pasarannya cuma RM3,000 melalui sebuah konsortium yang dibentuk bagi tujuan tersebut. Hingga sekarang tiada maklumat apa-apa tentang matematik dan sains di dalamnya (yang ada di tangan guru dan murid).

-  Komisen turut dibayar kepada Perimekar SDn Bhd dan IMT Defense Sdn BHD bagi pembelian jet Sukhoi 30MKM (IMT) dan kapal selam scorpene (Perimekar) yang berjumlah RM910 juta.

  - RM300 juta dibayar kepada Gerbang Perdana RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge".

-  RM1.3 billion terbuang begitu saja dengan pembinaan kompleks kuarantin Kastam, Imigresen kesan pembatalan the Malaysia-Singapore scenic bridge.

-  RM100 juta untuk kos ubah-suai bangunan Perlimen yang didapati bocor kemudiannya.

-  Program Angkasawan negara yang telah menelan belanja RM40 juta. 

-  Program Latihan Khidmat Negara yang menelan belanja RM500 juta setahun. 

-  Eye On Malaysia berjumlah RM30 juta serta RM5.7 juta lagi hasil pemberian tiket percuma. 

-  Pembelian dakwat kekal oleh SPR - yang tak digunakan bernilai RM2.4 juta. 

-  Samy Velu mengumumkan pada September 2006 bahawa kerajaan telah membayar sagu hati berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah Syarikat pemegang konsesi lebuhraya. Sementara itu 9 pemegang konsesi lebuhraya menerima 'durian runtuh' kesan kenaikan kadar tol pada tahun 2008.

-  RM 32 juta kehilangan hasil eksport kayu balak yang melibatkan syarikat yang ada hubungan dengan Ketua Menteri Sarawak serta keluarga.

-  Dua kes 'bail-out MAS berjumlah RM7.( billion. Dalam masa MAS asyik kerugian saban tahun, RM1.55 juta telah digunakan untuk membeli 2 buah lukisan untuk pejabat Pengerusi - Dr Munir Majid.

-  Bail-out untuk sistem pengangkutan PUTRA yang berjumlah RM4.486 billion.

-  STAR-LRT turut menerima 'bail-out' berjumlah RM3.256 bilion. 

-  Sistem Kumbahan Negara turut menjahanamkan wang negara berjumlah RM192.54 juta sebagai 'bail-out'.
 
-  'Bail-out' lagi untuk Lebuhraya Seremban-Port Dickson, RM142 juta. 
-  'Bail-out' Penjara Kuching turut melibatkan wang RM135 juta. 50. 

-  51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam 'bail-out' melibatkan RM8.3 juta. 

-  Le Tour de Langkawi 'bail-out' turut mendapat habuan RM3.5 juta. 

-  Pengangkutan puluhan juta syer Bursa Saham malaysia di bawah Dasar Ekonomi Baru kepada anak-beranak, anggota keluarga serta suku-suku sang penguasa bernilai berbilion ringgit.

-  Penganugerahan puluhan juta syer di Bursa Saham Malaysia di bawah Dasar Ekonomi Baru kepada anak-beranak, anggota keluarga serta suku-sakat sang penguasa bernilai berbilion ringgit.

-  Penyelewengan beribu-ribu hektar tanah komersil dan kawasan hutan balak untuk diberikan kepada anak-beranak serta keluarga kerabat anggota BN serta menteri yang bernilai puluhan bilion ringgit. 



-  Sejak 1977, Petronas memberikan RM30 billion subsidi gas asli kepada IPP yang telah mengaut keuntungan besar saban tahun. Pasaran hadapan minyak Petronas juga pada 1990 turut memberi kesan pembaziran berikutan penurunan harga minya )sedangklan ia dibeli sejak awal pada harga yang tinggi. Disebabkan ia cuma untuk tatapan Perdana Menteri, jadi kita tidak pasti berapa besar jumlahnya?

-  Harga sebuah 'jack' kereta RM5,700 bagi sebuah 'jack' yang cuma ber
harga RM50! 

-  Kenderaan milik kerajaan didapati menggunakan RM113 setangki penuh minyak dalam masa beberapa minit. 

-  A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000! 

-  A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480! 

-  A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500! 

-  A flashlight that cost RM35 was bought for RM143 

-  Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO - ? millions.


-  SUMBER (IBM kumpul) 


P/S : PENDEDAHAN INI DIBUAT BUKAN KERANA INGIN MENGAIBKAN SESIAPA. INI KERANA TUN MAMAK MAHATHIR INI SUDAH MELAMPAU MENYERANG PERDANA MENTERI TANPA FAKTA YANG BETUL. INI SEDIKIT SEBANYAK AKAN MEMUDARATKAN NEGARA, EKONOMI DAN POLITIK TANAH AIR. APA LAGI YANG TUN MAMAK NI NAK? JADI...KORANG BACALAH DAN FAHAMILAH SIAPA TUN MAMAK MAHATHIR INI YANG SEBENAR2NYA. "PENGKHIANAT NEGARA

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas. WASALLAM ~ DARI SAYA ~ IBM#PJUTETAPDIHATIKU.

4 comments:

  1. Saya harap saudara beristifarlah...saudara relah menjatuhkan maruah seseorang di kalayak ramai, sebagai Muslim jangan sebarkan pengisian seperti ini, setiap orang yang membaca penulisan seperti ini, jika sekiranya tak betul akan menjadi dosa kepada saudara..saya sarankan saudara bersabar dan jangan keluarkan penulisan seperti ini, Allah maha mengetahui. Minta maaf sdra, saya bukannya nak mengajar, saya hanya ingin mengingati sahaja sesama Muslim..jangan kita di persoalkan di akhirat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~Crown Bridge,

      T.kasih diatas nasihat bro itu. Bro hanya nampak di belah saya, tapi, bagai mana pula dgn cara Mamak kutty ini menghura-harakan negara skrg ini. Terlalu byk fitnah yg beliau lemparkan terhad DS Najib. Mana fakta & buktinya? Hati demi hari si mamak ini 'meroyan'...buat road show menarik bekas2 pemipin veteran BN bersama beliau utk menjatuhkan DS najib. Knp dia (Tun) sanggup berbuat demekian. Apa, DS Najib tak ada maruah dan air muka ke? Tuduhan Sdr terhadap penulisan sama seperti Mamak kutty itu yg hanya pandai mecari silap dan mengkritik org, tapi, bila beliau di kritik melenting habis. Maka, saya juga mengharapkan supaya mamak kutty itu byk2kan 'beristifar dan juga Sdr yang budiman. Sdr juga akan dipersoalkan di akhirat nanti sekiranya Sdr bersekongkol dgn si mamak itu. Ada faham?

      Delete
  2. ibm~Crown Bridge,

    Nak tanya sikit. Bro dari kumpulan 'Reds Bean Army yg ditaja oleh DAPis tu ke? Kalau btl, ajak le rakan2 yg lain ke blog ini dan kita berhujah. Saya ada fakta yg tepat dan bernas. Itu sebab saya berani menulis dan parkan di blog saya ini. Hampir 2 minggu lebih cari mengumpul dan mencari bahan2 utk 'attack' kembali terhadap mamak kutty yg dah hilang akal.....perlu di ingat, saya bukan pencacai dan pembodek PM, saya adalah pejuangan UMNO yg mna saya lihat 'perjuangan kami belum lagi selesai'. Itu kata2 semangat dan hikmah bagi kami org2 Umno.....Hidup UMNO!! Hidup Melayu!!

    ReplyDelete
  3. Wow!banyak nya info.aku nak gi buat report polis ar.aku harap ibm izinkan aku menggunakan info dari beliau.Bolehkan admin?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...