Monday, October 12, 2015

PKR MUKA TAK MALU. MASIH TERHEGEH-HEGEH NAK 'PANCING PAS' SERTAI PAKATAN BARU.

ISNIN, 12 OKTOBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA

PARTI KENCING RAKYAT (PKR) kini mula merasai bahang atau ambang kekalahan mereka pada PRU ke-14 nanti. Jesteru, PKR kini dengan rasa tidak malu, terus mencari jalan bagi menarik kembali PAS bagi menyertai pakatan baru. PKR masih menaruh harapan untuk ‘memancing’ PAS untuk menyertai pakatan pembangkang baharu yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Perkara ini telah diluahkan oleh Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali yang mana PKR juga mahu melihat keanggotaan pakatan pembangkang baharu itu diperluaskan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta parti-parti pembangkang di Sabah dan Sarawak. 

Menurut Azmin, PKR turut menggesa sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri dan jangan mencampuri urusan dalaman parti lain. Azmin ditemui-ramah oleh pemberita dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Ahad. Turut  hadir juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli serta Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar. Sumber yang IBM dapat, kononnya mesyuarat khas itu diadakan atas desakan sekumpulan 25 MPP PKR meminta Wan Azizah mengkaji semula penyertaan parti tersebut dalam pakatan pembangkang baharu. 

Walau bagaimanapun untuk menjaga maruah Presiden parti, Kak Wan Jijah@nenek kipas, Mohamed Azmin tidak mengulas tentang gesaan tersebut dan beliau cuma menyatakan, satu sidang akhbar lain akan diadakan dalam masa terdekat. IBM dapat melihat PKR kini dilihat dalam keadaan tersepit berikutan tindakan PAS enggan menjalinkan kerjasama dengan Amanah dalam kerangka pakatan pembangkang baharu. PAS masih mengekalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama PKR namun pada masa sama, memutuskan hubungan dengan DAPigs. PKR juga dipercayai sedang dilanda pergolakan dalaman apabila sekumpulan pemimpin kanan parti kurang senang dengan tindakan Wan Azizah mengumumkan penyertaan PKR dalam pakatan pembangkang baharu pada 22 September lalu. 

Bagi IBM itu jelas menunjukkan sudah tidak ada kesepakatan di dalam PKR itu sendiri dan apa yang IBM harapkan agar PAS terus dengan keputusan mereka demi maruah parti mereka supaya untuk tidak tunduk sekali gus menolak pelawaan PKR bagi menyertai pakatan baru. IBM tahu, PAS mempunyai harga diri. Mereka harus sedar apa yang telah berlaku terhadap parti kesayangan mereka yang kini kelihatan hampir hancur gara-gara dari perbuatan dari bekas rakan kongsi mereka iaitu parti Cina DAPigs yang terlalu 'rasis'. Harap-harap PAS sedar. PKR hanyalah sebuah parti yang kini menjadi 'barua' kepada parti DAPigs. Fikir-fikirkan. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...