Tuesday, October 13, 2015

LAGI SALAH LAKU DAN PERANGAI 'BURUK MAHATHIR MAMAK DIBONGKAR

SELASA, 13 OKTOBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA

KECELUPARAN mulut Mamak Mahathir sejak akhir-akhir ini mengkritik dasar undang-undang yang diguna pakai oleh kerajaan sekarang ini dan byk isu-isu hangat ketika ini, dijawab dengan lantang oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia  Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Semalam, Isnin, sumber terdekat yang IBM dapat DS Salleh mentempelak dan mengingatkan Mamak Mahathir bahawa terdapat banyak kes apabila individu ditahan, didakwa dan disabitkan kerana bercakap benar semasa beliau (Tun Mamak) memegang jawatan Perdana Menteri. Dengan erti kata lain, Mamak Mahathir lagi kejam dan mentadbir negara ala gengster dan mengamalkan 'kuku besi'.

DS Salleh tampil menjawab serta memberi respons berikutan sidang akhbar oleh Mamak Mahathir berhubung penahanan bekas Naib Ketua UMNO bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam beliau, Matthias Chang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Mamak Mahathir yang dah lanjut usia dan 'nyanyuk' itu berkata penahanan tersebut merupakan penyalahgunaan serta tidak menghormati undang-undang, dan menambah, satu-satunya jenayah yang dilakukan mereka berdua adalah bercakap benar. Tapi, semasa era beliau, mengapa Akta ISA boleh digunakan? Perlu kita tahu bahawa sesiapa yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) apabila dan setelah Mahkamah mendapat ianya ada kes, maka persalah tersebut akan dibicarakan di Mahkamah. 

DS Salleh terus menyindir dan mengingat Tun Mamak Mahathir, dalam banyak-banyak orang, seharusnya tahu bahawa kebenaran adalah subjektif dan hanya disebabkan seseorang itu bercakap benar tidak bermakna dia tidak melanggari undang-undang. Jesteru, beliau mengingatkan Mamak Mahathir tentang banyak kes semasa zaman beliau (Mahathir) apabila orang yang bercakap benar ditahan, didakwa dan disabitkan disebabkan jenayah kerana bercakap benar. Itu tulisan yang IBM baca daripada blog beliau iaitu menerusi www.sskeruak.blogspot.my. 

Ramai yang  melihat semasa era Mamak Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap penentang dan pengkritik kerajaan tanpa dibicarakan dan belas kesihan. Patutlah pembangkang mengelar beliau (Mahathir) sebagai 'MahaFiraun'. Kalau korang ingat, pada 2001, sepuluh penyokong (bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim ditahan tanpa dibicarakan berhubung dakwaan bahawa mereka adalah pengganas. Kan kejam namanya tu. Seingat DS Salleh enam daripada mereka ditahan selama dua tahun dan mahkamah kemudian memutuskan bahawa mereka bukanlah pengganas dan tahanan mereka itu tidak sah.


Maka, jika nak dibandingkan dengan kes Khairuddin dan Matthias, setidak-tidaknya akan dibicarakan bagi mereka mempertahankan diri dan jika didapati tidak bersalah, mereka akan dibebaskan, kata DS Salleh lagi. Mengikut kata DS Salleh lagi, biarlah perbicaraan itu kelak yang menentukan sama ada apa yang diperkatakan Khairuddin dan Matthias adalah benar. Kedua-dua orang kuat Mamak Mahathir, iaitu Khairuddin, 53, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan dan Chang, 65, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara. KIta tunggu apa pula jawapan balas dari Mamak Mahathir akan kenyataan yang dibuat oleh DS Dr Salleh. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdiahtiku.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...