Tuesday, February 3, 2015

PAS KATA 'PERILAKU' DAP MERAGUKAN, TAPI MASIH MAHU BERSAMA PAKATAN. APA KE JADAHNYA!!

SELASA, 03 FEBRUARI 2015
TAK tahulah samada pemimpin-pemimpin  PAS ni ada akai/otak ke atau tidak. Dah tahu, dah terang-terang DAPigs membuli mereka, dan PAS merasa ragu terhadap DAP, tapi masih lagi terhegeh-hegeh duduk semeja dalam pakatan. Ini bukan IBM kata, tapi, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali yang kata dan menyifatkan perilaku DAP terhadap dasar-dasar Islam yang diperjuangkan PAS sejak kebelakangan ini sangat meragukan. Beliau antara lain memberitahu, tindakan DAP yang secara terang-terangan mempertikaikan kewibawaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku ketua Syarie yang sememangnya menurut Islam wajib ditaati oleh ahli PAS dalam beberapa isu adalah di luar ‘akhlak tahaluf siasi’. Menurut beliau, begitu juga tindakan parti berkenaan yang melakukan penghinaan terhadap kerajaan pimpinan PAS di Kelantan yang telah 25 tahun memerintah negeri itu terutama dalam isu banjir apabila memberikan gambaran seolah-olah negeri itu tidak mempunyai kerajaan. Justeru, kata beliau, ahli-ahli PAS wajib memastikan mereka tidak tersasar dalam melayari kerjasama politik dengan dua sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Menurut kata Datuk Dr Khairuddin lagi, sudah menjadi kewajipan bagi ahli-ahli PAS untuk memastikan mereka tidak terbabas dalam melayari kerjasama politik antara PAS, DAP dan PKR sehingga perjuangan Islam menjadi kabur dan begitu juga dasar berekonomi kapitalis berasaskan riba diterima. Selain itu, dasar percukaian yang bercanggah dengan Islam juga diterima, perjuangan menegakkan hukum jenayah Islam dianggap remeh, keta'atan kepada ketua selagi tidak bercanggah dengan Islam menjadi kabur serta ‘walak’ kesetiaan beralih daripada parti Islam kepada pakatan rakyat (pembangkang), katanya. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus menyatakan perkara itu dalam satu kenyataan yang IBM terbaca didalam sebuah portal mereka (pembangkang). Mohd. Khairuddin seterusnya menyeru semua ahli PAS supaya beristiqamah dengan dasar Islam untuk memastikan Islam mampu meraih kemenangan lebih besar dalam setiap perjuangannya. 

Tapi, kalau setakat berjuang bersama DAPigs dan PKR, adalah PAS memperolehi kejayaan selama ini. Apa yang IBM lihat, sejak akhir-akhir ini DAP dan PKR tidak lagi menghormati perjuangan PAS dan segala apa perancangan atau perlaksaan undang-undang atau hukum, terutamanya perlaksaan hukum hudud, ditentang habis-habisan oleh rakan kongsi mereka iaitu, DAP dan PKR. Jadi, apa lagi perjuangan yang tinggal bagi PAS. Di herdek, diperbodohkan, dibuli oleh DAP, PAS masih ingin bersama-sama didalam pakatan. Perjuangan apakah namanya itu? Bila UMNO ajak PAS 'bergabung' demi untuk kesejahteran orang-orang Melayu serta Islam, PAS tolak. Ada diantara pengikut tegar mereka (PAS) kata, biar mereka makan 'babi' daripada masuk dan bergabung dengan UMNO. 

Aduhai!....lihatlah betapa bencinya mereka terhadap UMNO, berdendam, menyimpan cerita lama yang kononnya UMNO lah puncanya mereka (PAS) di singkir daripada Barisan Nasional (BN). Tapi, adakah mereka tahu cerita yang sebenarnya? Biar sejarah menceritakan sendiri. Korang nak tahu juga ceritanya kenapa PAS disingkir dari BN?  Jom layari di sini.  Korang nilaikan sendiri. Maka, kesimpulannya, amatlah rugi jika PAS masih bersama pakatan sedangkan PAS kata 'perilaku' DAP amat meragukan. Fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM

6 comments:

  1. Untuk rekod, pas tidak bertambah kerusipun sejak menjadi anggota pakatan. Malah bnyk kerusi pas telah terbang kpd umno sejak menjadi rakan tidur dap dan pkr. Suatu ketika umno bersetuju bermuzakarah dgn pas demi Islam, namun ditentang oleh orang tua dlm pas yg sangat2 menbenci umno, seolah2 umno adalah syaitan iblis yang tak wajar diajak berbincang. Umno tak ajakpun pas bergabung, tetapi berbincang utk mencari lorong kebaikan bagi umat Islam dan melayu. Tetapi sifat sombong takabbur orang tua dalam pas telah membakar jambatan. Malah utusan dari pas untuk mencari jalan perbincangan dgn umno telah dikambinghitamkan dan disingkir dari jawatan utama heiraki pas. Parti bertopeng islam yang kejam. Bagaimanapun, masa tetap masih ada, jalan baru wajar dirintis walaupun jambatan telah terbakar. Pas perlu memikirkan nasib berada bersama pr, hidung tak mancung pipi tersorong2. Ada tak menambah, hilang tak mengurang. Nilaikan maruah parti. Tidakkah malu dan memualkan jika hanya berperanan sebagai keldai, anjing suruhan dan pecacai angkat najis dalam pr?

    ReplyDelete
  2. Untuk rekod, pas tidak bertambah kerusipun sejak menjadi anggota pakatan. Malah bnyk kerusi pas telah terbang kpd umno sejak menjadi rakan tidur dap dan pkr. Suatu ketika umno bersetuju bermuzakarah dgn pas demi Islam, namun ditentang oleh orang tua dlm pas yg sangat2 menbenci umno, seolah2 umno adalah syaitan iblis yang tak wajar diajak berbincang. Umno tak ajakpun pas bergabung, tetapi berbincang utk mencari lorong kebaikan bagi umat Islam dan melayu. Tetapi sifat sombong takabbur orang tua dalam pas telah membakar jambatan. Malah utusan dari pas untuk mencari jalan perbincangan dgn umno telah dikambinghitamkan dan disingkir dari jawatan utama heiraki pas. Parti bertopeng islam yang kejam. Bagaimanapun, masa tetap masih ada, jalan baru wajar dirintis walaupun jambatan telah terbakar. Pas perlu memikirkan nasib berada bersama pr, hidung tak mancung pipi tersorong2. Ada tak menambah, hilang tak mengurang. Nilaikan maruah parti. Tidakkah malu dan memualkan jika hanya berperanan sebagai keldai, anjing suruhan dan pecacai angkat najis dalam pr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin,

      Salam.
      Ulasan yg menarik dan bernas. T.kasih usin...:)

      Delete
  3. Replies
    1. ibm~ramlan aziz,

      Salam.
      Bukan confuss, tapi, banggang....dan tak tahu malu....

      Delete
  4. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini JAMAL ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI MAULANA IBRAHIM yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI MAULANA Ibrahi di 0823-85950389 Untuk yg di luar indon telefon di +62823-85950389, Atau >> KLIK DISINI <<
    saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.






    Penarikan Uang Ghaib Oleh KIAY MAULANA IBRAHIM
    1.UANG SUKARNO TERLIPAT SENDIRI
    2.MUSTIKA BESI ANTI KULIT/CUKUR
    3.MUSTIKA MANUSIA ANTI KULIT/CUKUR
    4.MUSTIKA MERAH DELIMA ANTI KULIT/CUKUR
    5.MUSTIKA KERIS BERDIRI ANTI KULIT/CUKUR ATAU MUSTIKA APA SAJA YG PENTIG PUNYA KEKUATAN/KE AMPUHAN,JIKA BERMINAT >> KLIK AKI MAULANA DISINI << ATAU HUB:AKI MAULANA IBRAHIM TLP.0823-85950389 TRIMA KASIH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...