Saturday, March 26, 2011

113 Ahli Pas Gong Tinggi Keluar Parti Dan Masuk Umno

Pakatan Rakyat Yang Menipu Rakyat.

Assalamualaikum Semua.

Pas tertekan. Rakyat sudah mula muak dengan kerenah mereka. Perjuangan untuk menegakkan agama Islam sudah tersasar jauh. Pas bukanlah Parti Islam dan bukan juga memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Terkini...........

PASIR PUTEH, 26 MacSeramai 113 anggota PAS cawangan Gong Tinggi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO hari ini selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS Kelantan.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, berkata mereka sebilangan besar terdiri daripada golongan petani telah menganggotai PAS sejak 20 tahun lalu.

“Kami menerima penyertaan mereka dengan pintu terbuka dan menyerapkan mereka ke dalam cawangan UMNO berhampiran,” katanya kepada pemberita selepas menerima borang permohonan mereka di Kampung Gong Tinggi, di sini.

Zawawi, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, berkata cawangan (PAS) itu sebelum ini merupakan kubu kuat parti pembangkang itu dalam DUN berkenaan sehingga sukar untuk ditembusi oleh jentera UMNO pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, bekas ketua cawangan PAS kampung berkenaan, Mohamad Abdul Rahman, 60, berkata tindakan beliau dan rakan-rakannya menyertai UMNO adalah atas kerelaaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak kerana kecewa dengan kegagalan PAS membela nasib golongan petani.

Sebaliknya, UMNO walaupun gagal merampas kerusi DUN Semerak, tetapi lebih banyak berjasa kepada rakyat seperti mengeluarkan pelbagai bentuk subsidi selain membina jalan-jalan kampung.

Beliau mendakwa PAS tidak membawa perubahan atau membela nasih rakyat di kawasan itu walaupun diberi peluang memerintah negeri itu lebih 20 tahun.

Rakannya, Ahmad Besasin, 50, berkata beliau sudah menyertai PAS sejak 16 tahun lepas dan mendapati pemimpin parti itu tidak pernah turun padang untuk membantu mereka yang menghadapi kesempitan hidup.

“Kami harap rakan seperjuangan turut mengambil sikap yang serupa iaitu meninggalkan PAS sebab tiada apa yang boleh mereka lakukan untuk membela nasib golongan petani seperti kita,” katanya.

PAS SUDAH MULA GOYAH. RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN JANJI-JANJI KOSONG MEREKA DAN PAS ADALAH PARTI POLITIK YANG DIPERALATKAN OLEH DAP UNTUK MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM DAN ORANG MELAYU. JOM KITA TOLAK PAS DI PRU KE 13 NANTI - IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...