Thursday, March 17, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

17 MARCH

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca yang budiman.

Kalau kita tidak rajin membaca, segala informasi penting, berita-berita sensasi, baik isu semasa, sosial, politik dan banyak lagi, kita akan ketinggalan. Ruginya kita wahai rakan-rakan sekelian. Oleh itu rajin-rajinlah membaca, minda kita akan segar. Jom baca apa yang berlaku pada hari ini........................

PERMULAAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT PERTAMA DI MELAKA
Tarikh Peristiwa : 17-03-1962

Usaha-usaha mendaulatkan pengunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan penduduk di negara ini mula menyemarak sekitar tahun 1960an, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan organisasi utama menyelaras kegiatan dan aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1960an. Pada hari ini 17.3.1962, peringkat yang pertama Bulan Bahasa Kebangsaan bagi negeri Melaka telah dirasmikan oleh Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka Tun Haji Abd. Malek Yusuf di Padang Melaka Kelab. Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan yang telah diadakan di seluruh negeri ini bertujuan hendak melaksanakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dengan sepenuhnya dalam masa secepat yang boleh.

Di antara perkara-perkara terutama yang menyebabkan kurang cepatnya bahasa kebangsaan untuk mengambil kedudukan sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi yang tunggal di negara ini ialah:

  1. Masih ada perasaan yang mengatakan Bahasa Melayu tidak layak.
  2. Masih ada walaupun sedikit bilangannya orang yang sedang berusaha dan berharap bahawa penggunaan berbilang-bilang bahasa akan dapat diwujudkan di negara ini.

Bulan Bahasa Kebangsaan ini tidak sahaja dijalankan di peringkat kebangsaan tetapi juga meliputi negeri, daerah dan kampung. Dengan adanya aktiviti yang terancang Bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama penduduk di negara ini. DAN SETERUSNYA.........


Minyak Kelapa Sawit

MAJLIS PELANCARAN LOJI RINTIS VITAMIN E MINYAK KELAPA SAWIT
Tarikh Peristiwa : 17 MARCH 1988

Khasiat penggunaan minyak kelapa sawit sememangnya tidak dapat dinafikan lagi dan ianya merupakan satu pilihan terbaik untuk kesihatan manusia. Pelbagai penyelidikan telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) untuk menghasilkan penemuan- penemuan baru dari minyak kelapa sawit. Salah satu hasil kejayaan PORIM ialah menghasilkan Vitamin E daripada Minyak Kelapa Sawit. Majlis Pelancaran Loji Rintis Vitamin E Minyak Kelapa Sawit telah dirasmikan oleh Menteri Perusahaan Utama Datuk Dr. Lim Keng Yik pada hari ini 17.3.1988 bertempat di Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit (PORIM) Bangi, Selangor. Turut hadir di majlis itu ialah Duta-duta dan wakil-wakil negara asing. Projek-projek loji rintis bernilai RM 6 juta bermula pada tahun 1975 dikendalikan secara bersama oleh Pusat Pembangunan Bioindustri Jepun (Bidec) dan PORIM. Ianya dibiayai oleh Kerajaan Jepun dan PORIM. Tujuan utama projek itu adalah untuk memperolehi data mengenai perpekatan dan kos perolehan Vitamin E untuk dikeluarkan secara komersial. Dalam ucapan perasmian, Datuk Dr. Lim King Yaik berkata bahawa Vitamin E akan dikeluarkan secara komersial secepat mungkin untuk digunakan oleh orang ramai dan berharap ada syarikat swasta yang bersedia untuk menyertai projek itu.Berasaskan kepada nilai perubatan yang tinggi dan kesedaran manusia mengenai peningkatan taraf kesihatan permintaan ke atas Vitamin E adalah tinggi, terutama di negara-negara maju. Katanya lagi, berasaskan kepada harga semasa RM 100 satu kilogram, Malaysia dijangka memperolehi pendapatan tambahan tahunan RM 68 juta daripada pengeluaran Vitamin E itu. Vitamin E Minyak Kelapa Sawit mudah larut dalam lemak dan mengandungi kumpulan kompaun yang terbukti dapat meningkatkan kesuburan dan melambatkan proses tua badan manusia di samping berupaya mencegah pertumbuhan barah dalam badan manusia.

SELAMAT MEMBACA - IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...