Tuesday, March 15, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

15 MARCH


PERASMIAN KONGRES UNIVERSITI KEBANGSAAN
Tarikh Peristiwa : 15-03-1969
Pada hari ini dalam tahun 1969, Kongres Universiti Kebangsaan telah dirasmikan oleh Encik Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia. Kongres sehari ini dihadiri lebih 600 orang peserta termasuk wakil-wakil kedutaan asing, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dan pemerhati daripada pelbagai badan seluruh Malaysia. Ketika berucap pada majlis perasmian tersebut, Encik Khir Johari menyatakan hasrat rakyat dan negara untuk merealisasikan projek Universiti ini merupakan suatu usaha yang tiada tolak bandingnya. Penubuhannya mendapat sokongan daripada seluruh pelosok negara dengan semangat kebangsaan yang mempunyai kesedaran terhadap keperluan pendidikan peringkat tinggi yang berteraskan sistem pelajaran kebangsaan Tujuan akhirnya adalah untuk membentuk sebuah Universiti Kebangsaan yang benar-benar beraliran dan bercorak kebangsaan menjelang tahun 1970. . Kongres telah menyusulkan satu resolusi iaitu menubuhkan sebuah Universiti Kebangsaan bagi rakyat Negara ini sebagai lambang kejayaan pendidikan rakyat Negara ini sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. DAN SETERUSNYA PADA HARI YANG SAMA.......

Pasukan Pengaman Malaysia

PASUKAN PENGAMAN MALAYSIA TIBA DI PHONM PENH
Tarikh Peristiwa : 15-03-1992

Pada hari ini dalam tahun 1992, kumpulan pertama seramai 47 anggota tentera Malaysia telah tiba di Kemboja bagi menyertai misi pengaman terbesar dalam sejarah antarabangsa. Kumpulan pertama yang diketuai oleh Kolonel Mohd Arshad Mohd Raji daripada Markas Lima Briged Kota Kinabalu ini terdiri daripada 15 orang pegawai dan 32 orang anggota daripada lain-lain pangkat. Kontinjen awal ini telah diterbangkan dengan dua pesawat TUDM C130H dan telah mendarat di Battambang yang terletak di Sempadan Thailand - Kemboja. Seramai 850 anggota tentera Malaysia telah berkhidmat dalam misi pasukan pengaman ini dengan 655 anggota daripadanya dari Batalion Pertama Rejimen Renjer. Tugas utama pasukan pengaman ke Kemboja adalah untuk memulihkan keamanan negara Kemboja setelah musnah akibat perang saudara di antara empat puak yang bertelagah. Misi ini juga melibatkan tugas mengawasi gencatan senjata, memberi perlindungan kepada 500,000 pelarian, memerhatikan keselamatan, membuat perhubungan dan laporan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Antara kejayaan cemerlang pasukan tentera Malaysia dalam melaksanakan misi ini, ialah berjaya mengendalikan seramai 4.7 juta penduduk ketika pilihan raya bagi sektor Battambang.

SELAMAT MEMBACA SEMUA - IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...